Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan pada Selasa mengesahkan aspirasi negara itu untuk bekerjasama dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang dipimpin Presiden Donald Trump bagi mencapai keamanan yang menyeluruh dan adil di rantau itu.
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
Menurut kenyataan itu, pelan pembangunan semula Gaza yang dirangka sejajar dengan hak sah rakyat Palestin.
Mesir juga menekankan kepentingan mengelak tindakan yang boleh menggugat keamanan, sambil menangani punca utama konflik.
Selain itu, Mesir sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menamatkan pendudukan Israel ke atas tanah Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya jalan yang berdaya maju ke arah kestabilan serta kewujudan bersama di rantau itu.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)