MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri yang dijangka terlibat ialah Perak, khususnya di daerah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang serta Muallim.
Turut terlibat kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong di Pahang, dan di Selangor membabitkan daerah Hulu Selangor selain di Segamat, Johor.
Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu serta Limbang manakala di Sabah, daerah kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) serta Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)