KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti untuk menambah baik peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menangani isu ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi (RON95) kepada pemandu kenderaan asing.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosol Wahid berkata langkah itu bagi memperketatkan lagi penguatkuasaan termasuk cadangan mengenakan tindakan terhadap individu terlibat.
"Kita sedang mengkaji dan bermesyuarat kelmarin untuk memantapkan lagi akta kawalan bekalan ini untuk pastikan bahawa mereka yang terlibat ini mungkin akan dikenakan tindakan," katanya ketika ditemui pemberita sebelum Program Tinjauan Mesra Mega Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Tapak Bazar Ramadan TLK Taman Tasik Permaisuri, Cheras, di sini pada Jumaat.
Buat masa ini, tindakan undang-undang hanya boleh dikenakan ke atas pengusaha stesen minyak dan bukan kepada individu warganegara asing yang mengisi petrol bersubsidi RON95 melibatkan kenderaan mereka dengan nombor pendaftaran asing.
Sementara itu, Rosol berkata siasatan penguat kuasa mendapati terdapat peniaga ayam yang dikenakan kompaun enggan mendedahkan sumber pemborong mereka memperoleh bekalan itu kerana mendakwa telah diberikan amaran untuk tidak mengemukakan aduan kepada kementerian.
"Bila kita tanya kenapa tak nak dedahkan (sumber bekalan), mereka (peniaga) kata sebab mereka ini diberikan amaran jika dipecah (membuat aduan) mereka tidak akan dapat (bekalan) ayam lagi. Itu maklumat yang kita dapat, jadi ini satu benda yang tak boleh dibiarkan dan kita siasat ke akar umbi," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sempena ulang tahun SSM, potongan sehingga 90 peratus diberikan kepada syarikat yang dikenakan kompaun atas semua kesalahan dan inisiatif tersebut berakhir 30 Jun ini.
Pada program itu, Rosol mengagihkan sumbangan wakalah zakat korporat SSM berjumlah RM10,000 kepada 10 orang asnaf usahawan yang perniagaannya berdaftar dengan SSM dan menetap di sekitar Cheras.
Beliau turut mengedarkan apron kepada peniaga-peniaga selain meninjau suasana di Tapak Bazar Ramadan@TLK Taman Tasik Permaisuri dan harga barangan yang dijual.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
Langkah itu bagi memperketatkan lagi penguatkuasaan termasuk cadangan mengenakan tindakan terhadap individu terlibat. - Foto fail
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
Rasionalisasi subsidi diesel beri penjimatan hingga RM7.5 bilion setahun - Amir Hamzah
Pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel dijangka memberikan penjimatan tahunan antara RM7.2 bilion dan RM7.5 bilion kepada kerajaan, meningkat daripada RM4 bilion yang diunjurkan tahun lepas.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen seliter daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Jan.
Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tiga sen
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.98 seliter.
Harga runcit RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 3 sen
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga akan kekal pada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga akan kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Pengelasan golongan T15 bagi penyasaran RON95 diumum pertengahan 2025 - Rafizi
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini.