KUALA LUMPUR: Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus. 


Ringkasan AI
  • Rasionalisasi subsidi ini dijangka membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8% pada tahun 2025.
  • Subsidi bersasar akan mengurangkan ketirisan peruntukan kerajaan dengan memastikan hanya golongan yang layak menerima subsidi.
  • Langkah ini tidak akan memberi kesan besar kepada pengguna secara keseluruhan kerana usaha kerajaan meningkatkan gaji minimum dan gaji penjawat awam.


Profesor Ekonomi Universiti Malaya (UM), Prof. Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah berkata, subsidi bersasar itu akan memastikan ketirisan peruntukan kerajaan dapat dikurangkan secara signifikan. 

“Sepertimana beliau (Perdana Menteri) nyatakan dalam ucapan Belanjawan 2025 yang lalu, sasaran defisit fiskal dinaikkan daripada 3.5 peratus kepada 3.8 peratus berdasarkan kepada senario ekonomi semasa. 

“Bagi saya, kemungkinan untuk mencapai sasaran itu boleh dicapai kerana pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel. Diikuti dengan rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang akan dilaksanakan. Ini bermakna pemberian subsidi hanya disasarkan kepada golongan yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.


Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung


Tambah Rajah, langkah menyasarkan semula subsidi ini tidak akan memberi kesan yang besar kepada pengguna secara menyeluruh berikut usaha kerajaan meningkatkan gaji minimum dan gaji penjawat awam.

Menurutnya lagi, sasaran defisit fiskal yang lebih rendah juga boleh dicapai sekiranya negara berjaya beralih kepada ekonomi baharu seperti yang termaktub dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030).