KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak berubah, iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.

Menurut kenyataan itu penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA