KUALA LUMPUR: Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Ringkasan AI
  • Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyatakan bahawa pengelasan golongan berpendapatan tinggi (T15) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025.
  • Pengumuman ini memberi ruang kepada mereka yang belum mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk berbuat demikian, dan yang telah berdaftar tetapi tidak layak untuk membuat rayuan.
  • Penyusunan subsidi RON95 akan mengambil kira pendapatan boleh guna bersih, dengan 85 peratus rakyat dijangka layak mendapat subsidi tersebut.


Beliau berkata pengumuman itu akan memberi ruang kepada mereka yang belum mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk berbuat demikian dan yang telah berdaftar tetapi didapati tidak layak untuk membuat rayuan.

"Akan ada mekanisme untuk rayuan, jadi perkara ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan di stesen minyak kelak.

"Jadi sebab itu tempoh separuh tahun pertama 2025 adalah bagi pelaksanaan (penentuan pengelasan) itu perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai pelaksanaan subsidi petrol RON95 dan pendekatan terhadap golongan yang terkesan bagi menerima bantuan sewajarnya.

Rafizi berkata penyasaran subsidi RON95 tu mengambil kira aspek pendapatan boleh guna bersih dengan 85 peratus rakyat dijangka layak mendapat subsidi berkenaan.

-- BERNAMA