Ringkasan AI
- Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat tiga sen kepada RM3.28 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Januari.
- Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.98 seliter.
- Kerajaan menetapkan harga runcit berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan akan terus memantau perkembangan pasaran minyak dunia untuk menyokong kestabilan harga.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik sebanyak tiga sen seliter daripada RM2.95 kepada RM2.98 seliter bagi tempoh sama.
"Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.28 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.98 seliter.
"Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter," menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA