KUANTAN: Peruntukan sebanyak RM920 juta telah diluluskan bagi menambah baik infrastruktur air terawat di Pahang bagi tempoh tiga tahun bermula tahun 2021, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Abdul Hadi Ali.
Beliau berkata tiga fokus utama yang diberi perhatian dalam usaha itu ialah membina lebih banyak loji rawatan air, menaik taraf loji sedia ada, dan mengganti paip lama yang sering menyebabkan ketirisan hasil air terawat.
PAAB juga, menurut Abdul Hadi akan berkerjasama rapat dengan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam pelaksanaan perkara tersebut, yang merupakan sebahagian daripada pakej penstrukturan semula air yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Peruntukan RM920 juta yang telah diluluskan itu dikeluarkan berdasarkan pelan perniagaan dan pengalaman lepas, tetapi mungkin ada kawasan yang lebih diutamakan dari aspek pembangunan prasarananya dan ia bergantung kepada PAIP.
"Perancangan pembinaan tiga loji rawatan air baharu di Kuantan, Temerloh dan Rompin pula, dijangka akan memakan masa antara empat hingga lima tahun, manakala penaiktarafan loji sedia ada dianggar dalam tempoh satu atau dua tahun," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Pasca Banjir PAAB Prihatin di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail di Paya Besar di sini pada Ahad.
Turut hadir CEO PAIP Saiful Zaini Mohd Bokhari.
Sementara itu, Saiful Zaini berkata penstrukturan semula itu amat diperlukan bagi meningkatkan kapasiti pembekalan air terawat di Pahang, yang buat masa ini masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan.
"Penstrukturan semula ini juga dapat memastikan pembangunan pada masa akan datang berupaya untuk menampung keperluan air oleh pihak industri dan penduduk Pahang," katanya.
Pada majlis itu, Abdul Hadi Abdul Hadi menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada kepada 10 institusi terkesan banjir di Pahang selain mengagihkan bantuan berupa makanan dan keperluan harian kepada 1,000 keluarga di sekitar daerah ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 06 2022
![RM920 juta diluluskan untuk tambah baik infrastruktur air Pahang RM920 juta diluluskan untuk tambah baik infrastruktur air Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639752856_AirPaip.jpg)
Tiga fokus utama ialah membina lebih banyak loji rawatan air, menaik taraf loji sedia ada, dan mengganti paip lama. -Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan 103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/71587369047_DUNPahang.jpg)
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
![Pengurusan Aset Air lantik Zulkiflee Omar sebagai CEO baharu Pengurusan Aset Air lantik Zulkiflee Omar sebagai CEO baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701440727_ZulkifleeOmarceo.jpg)
Pengurusan Aset Air lantik Zulkiflee Omar sebagai CEO baharu
Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melantik Zulkiflee Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 Disember.
![PAAB akan beri penjelasan kepada Terengganu PAAB akan beri penjelasan kepada Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618866762_DatukDrMohdKhairu.jpg)
PAAB akan beri penjelasan kepada Terengganu
Setakat ini, hanya Terengganu satu-satunya negeri di Semenanjung yang masih belum menyertai perjanjian dengan PAAB.
![RM920 juta diluluskan untuk tambah baik infrastruktur air Pahang RM920 juta diluluskan untuk tambah baik infrastruktur air Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639752856_AirPaip.jpg)
RM920 juta diluluskan untuk tambah baik infrastruktur air Pahang
Tiga fokus utama yang diberi perhatian dalam usaha itu ialah membina lebih banyak loji rawatan air, menaik taraf loji sedia ada, dan mengganti paip lama.
![Kerajaan Pusat hapus pinjaman air Perlis bernilai RM185.41 juta Kerajaan Pusat hapus pinjaman air Perlis bernilai RM185.41 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608368597_FBREAKTuanIbrahim.jpg)
Kerajaan Pusat hapus pinjaman air Perlis bernilai RM185.41 juta
Kerajaan Pusat bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan Perlis berjumlah RM185.41 juta susulan pelaksanaan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air.
![Kerajaan Persekutuan hapus kira RM2.1 billion pinjaman negeri Pahang Kerajaan Persekutuan hapus kira RM2.1 billion pinjaman negeri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608368597_FBREAKTuanIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan hapus kira RM2.1 billion pinjaman negeri Pahang
Ia membabitkan pinjaman bekalan air luar bandar berjumlah RM1 bilion dan 'novasi' pinjaman kerajaan Pahang, kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berjumlah RM1.1 bilion.
![Empat perjanjian baru kukuhkan penstrukturan air Selangor - Maximus Empat perjanjian baru kukuhkan penstrukturan air Selangor - Maximus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441721035_MaximusJohnityOngkil.jpg)
Empat perjanjian baru kukuhkan penstrukturan air Selangor - Maximus
Perjanjian itu melibatkan perjanjian kemudahan, perjanjian pajakan, perjanjian hak guna dan perjanjian penyelesaian.