KANGAR: Kerajaan Pusat bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan Perlis berjumlah RM185.41 juta susulan pelaksanaan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, keputusan ini bakal mengurangkan pinjaman bekalan air kerajaan negeri daripada RM230.74 juta kepada RM45.33 juta.
Baki pinjaman ini akan diambil alih Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan disusun semula pembayaran balik menerusi sewa pajakan yang dikenakan kepada Syarikat Air Perlis (SAP).
"PAAB akan ambil alih hutang tersebut dengan jangka panjang 45 tahun di mana Syarikat Air Perlis akan bayar balik dalam tempoh 40 tahun dan kita bagi lima tahun untuk kerajaan negeri membangunkan sumber air melalui perbadanan aset air negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, pada Khamis.
Tuan Ibrahim berkata, pelaksanaan skim itu bersifat jangka panjang di mana kemapanan kewangan operator air akan dibina bagi mencapai pemulihan kos operasi dan seterusnya mencapai pemulihan kos penuh.
Pelan yang dimeterai ini akan secara berperingkat mengutuhkan kewangan operator air sehingga mencapai pemulihan kos operasi sebelum tiba kepada fasa pemulihan kos sepenuhnya.
Kejayaan ini akhirnya akan melonjakkan industri perkhidmatan air sebagai pemacu ekonomi negara dan memacu pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Perlis.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Perlis menjadi negeri kelapan menandatangani perjanjian berkenaan dan pihaknya menjangkakan gangguan bekalan air negeri dapat dikurangkan secara beransur.
Sebelum ini, kadar gangguan bekalan air di Perlis adalah sekitar 63 peratus dan secara keseluruhan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"Isu air Perlis ni sebenarnya dia agak tenat kerana itu lah kita dapati bahawa NRW (kadar air tidak terhasil) dia tinggi sehingga 63 peratus.
"Jadi, penyelesaian kepada masalah ini memerlukan (penyelesaian) jangka panjang sebenarnya dan sekarang ini kita sedang melakukan proses untuk memperbaiki ataupun menggantikan paip-paip ini, pertama sekali seperti yang kita sebutkan tadi paip utama dan juga di dalam sistem retigulasi," ujarnya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Mar 04 2021
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, keputusan ini bakal mengurangkan pinjaman bekalan air kerajaan negeri daripada RM230.74 juta kepada RM45.33 juta. - Gambar fail/Astro AWANI
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Tiada perjumpaan bersama KP SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Genting Highlands pada 6 hingga 8 Nov ini.
Diplomasi ASEAN mampu bawa implikasi positif
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, boleh menggunakan peluang untuk melihat sejauh mana diplomasi ASEAN mampu meredakan ketegangan antara AS dan China.
Kerajaan Pusat hapus pinjaman air Perlis bernilai RM185.41 juta
Kerajaan Pusat bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan Perlis berjumlah RM185.41 juta susulan pelaksanaan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air.