KUALA LUMPUR: Tiada apa yang memberi kelegaan kepada pemain industri seni tanah air selain daripada berita bahawa kerajaan sedia dengan lebih tegas memerangi isu cetak rompak digital yang tidak berkesudahan dalam negara.
Bahkan, penggiat industri juga sependapat bahawa hukuman yang dikenakan ke atas perbuatan cetak rompak digital adalah tidak setimpal.
Bagi industri media dan hiburan Malaysia (E&M), penjenayah cetak rompak telah mengakibatkan kerugian ekonomi yang berterusan kepada negara dan jika jenayah ini tidak dibendung, impak yang paling ketara ialah seluruh ekosistem di negara ini akan terjejas selain pemain-pemainnya.
Industri media dan hiburan Malaysia menganggarkan kerugian tahunan yang dialami sektor berkenaan disebabkan oleh kegiatan cetak rompak digital ialah sebanyak RM3 bilion.
Bahkan, negara juga kehilangan RM500 juta cukai selain mengakibatkan ribuan orang kehilangan kerja.
Undang-undang sedia ada perlu dikaji semula
Sehubungan itu, penggiat industri media dan hiburan Malaysia merayu kepada kerajaan untuk melakukan kajian semula ke atas undang-undang yang sedia ada.
Kata mereka, undang-undang sedia ada tidak memberi perlindungan yang menyeluruh kepada pemilik hakcipta yang merangkumi setiap kerja-kerja kreatif yang diusahakan.
“Cetak rompak digital perlu diperangi dengan memastikan hanya kandungan-kandungan yang distrim secara sah. Tindakan tegas perlu diambil ke atas laman sesawang dan platform edagang yang menyediakan penstriman haram dan penjualan ISD (Peranti Perisian Penstriman Haram) secara terang-terangan.
“Kerjasama juga diperlukan dari semua pihak terutamanya daripada penyedia kandungan, stesen-stesen penyiaran, pihak pengawal selia, badan-badan berwajib dan pengguna, hinggalah ke syarikat telekomunikasi, penyedia perkhidmatan internet dan pemain e-dagang,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada Selasa.
Memetik kenyataan penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, tanpa usaha dan keazaman daripada pihak berwajib, kegiatan cetak rompak digital akan terus berlaku.
“Perbuatan mencuri ini bukan perkara baharu dan perlu diatasi sebaik mungkin oleh pihak penguatkuasa. Saya kesal melihat retorik yang kosong tanpa membawa sebarang penyelesaian kepada isu sebenar.
“Tanpa undang-undang yang tegas, cetak rompak akan berterusan dan merebak seperti barah kepada industri kreatif negara dan penggiatnya,” kata Yusof.
Cetak rompak musuh utama industri
Bagi Pengarah Kawal Selia Astro, Laila Saat pula, stesen penyiar satelit itu mengalu-alukan tindakan yang dikenakan ke atas penjual ISD dan berjanji untuk terus bekerjasama dengan pihak berwajib dan rakan-rakan penyedia kandungan dalam menyampaikan mesej yang tegas bahawa cetak rompak adalah mencuri, haram dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut beliau, cetak rompak pada hari ini dilihat seakan-akan menjadi kebiasaan sehingga ramai yang terleka dan terlupa bahawa ia merupakan sebahagian dari perbuatan mencuri.
“Cetak rompak adalah musuh utama industri, yang mana ia merompak hasil kerja setiap mereka yang terlibat dalam ekosistem kreatif tersebut; dari pelakon, penulis, penerbit, pengarah dan jurugambar, yang mana secara langsung menghalang sebarang pembangunan.
“Jika cetak rompak dibiarkan berlaku tanpa sebarang tindakan, ia akan membantutkan segala usaha yang dilaksanakan industri hiburan, kerana tiada mana-mana pihak yang akan membuat sebarang pelaburan ekonomi terutamanya ke atas kandungan-kandungan yang dikategorikan premium seperti “Piala Dunia FIFA”, kerana khuatir akan risiko ia dicuri dan dipasarkan secara haram,” tegas Laila.
BACA: Astro akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membendung cetak rompak
BACA: 'Kalau kerajaan tidak bersungguh, sampai kiamat pun cetak rompak tak selesai ...' - Yusof Haslam
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Star Media Group Lam Swee Kim pula berpendapat, hukuman penalti yang dikenakan perlulah setimpal bagi mencerminkan impak buruk yang berlaku kepada penggiat industri.
“Kegiatan cetak rompak ini melibatkan penjanaan pulangan kewangan dan imbuhan diterima perlu dipantau serta hukuman sewajarnya perlu dikenakan kepada pelaku,” katanya dalam kenyataan bersama itu.
Nilai hukuman harus lebih tinggi daripada kerugian
Dalam perkembangan sama, Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem (PFM), Zahrin Aris berkata, hukuman penalti yang dikenakan ke atas mereka yang menggunakan kotak media mengandungi kandungan yang tidak mendapat kebenaran sah hakcipta dilihat agak ringan.
Katanya, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada mereka kerana nilai kerugian yang perlu ditanggung akibat cetak rompak lebih tinggi berbanding hukuman denda yang dikenakan sebanyak RM30,000.
Tidak ketinggalan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang berkongsi kekesalan mengenai kegiatan cetak rompak digital yang menggunakan kaedah ISD telah lama membelenggu penggiat industri kreatif tanah air.
“Besar harapan kami agar sabitan hukuman yang dikenakan baru-baru ini bakal memberi sinar baharu kepada industri dan kes tersebut dijadikan penanda aras; seterusnya memberi keadilan kepada pemain industri kreatif tempatan khususnya, yang rata-rata merupakan mangsa kepada perbuatan jenayah ini,” kata Presiden Seniman, Zed Zaidi.
BACA: Jual kotak TV Android penstriman cetak rompak, pengarah syarikat IT didakwa
BACA: Wanita berdepan enam pertuduhan miliki kotak media iBoite-X secara haram
Pada 8 Februari lalu, sebuah syarikat teknologi maklumat di Shah Alam telah didakwa di mahkamah kerana melanggar Seksyen 41 (1) (ha) Akta Hakcipta 1987 kerana menjual apa- apa teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut di dalam subseksyen 36A(3), akta yang sama.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pengarah di syarikat berkenaan \mengaku bersalah dan sedang menunggu hukuman di mahkamah pada 1 Mac ini.
Dalam kes berasingan, pada 16 Februari pula, seorang wanita berumur 46 tahun mengaku bersalah di atas pertuduhan memiliki enam (6) unit Kotak TV Media yang mempunyai aplikasi siaran Astro menerusi internet secara tidak sah.
Tertuduh didenda sebanyak RM30,000 di bawah Seksyen 232(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menjadikan beliau sebagai pesalah pertama disabit kesalahan menjual peralatan ISD.
** Astro AWANI kini dalam usaha membantu industri seni tanah air membanteras cetak rompak menerusi kempen #NoToLanun. Berikan pandangan anda menggunakan tanda pagar #NoToLanun & #StopPiracyLah jika anda ingin bersama-sama membantu menyelamatkan industri seni tempatan.
Fareez Azman
Tue Feb 23 2021
Kerajaan perlu mengkaji semula undang-undang sedia ada dalam mencegah kegiatan cetak rompak atau kecurian kandungan digital di negara ini. - Gambar hiasan
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.