Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntuk RM2.5 bilion untuk pelaksanaan projek Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Desa Abad ke-21 di seluruh negara tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata lima projek di bawah infrastruktur luar bandar menerima RM2.4 bilion, manakala tiga projek di bawah infrastuktur desa menerima RM54 juta.
Beliau berkata bagi program infrastruktur luar bandar, ia merupakan pembinaan jalan sejauh 697 kilometer (bernilai RM891,880,006) bekalan elektrik untuk 13,319 rumah (RM1,060,659,100), bekalan air untuk 7,500 rumah (RM337,010,000), program bantuan 9,500 buah rumah (RM200 juta) dan menyelenggara
jalan sepanjang 313 kilometer (RM6,232,200).
Bagi infrastruktur desa, ia berupa ladang buah-buahan berskala besar, desa lestari dan cabaran perniagaan luar bandar (RBC).
"Bagi program ladang buah-buahan, dua ladang dicadangkan untuk dibangunkan yang melibatkan peruntukan RM8 juta, 13 buah desa lestari (RM26 juta) dan RBC melibatkan 8,500 orang dengan peruntukan RM20 juta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan exco-exco kemajuan luar bandar seluruh negara, di sini hari ini.
Mesyuarat kali pertama tahun ini itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, serta pegawai kanan KKLW serta agensi di bawah kementerian tersebut.
Mohd Shafie berkata mesyuarat itu turut membincangkan beberapa perkara seperti sistem penyampaian, kesiapsiagaan menghadapi bencana, masalah tanah untuk pelaksaan program serta beberapa permintaan peruntukan tambahan oleh beberapa negeri.
"Kita tekankan kerjasama antara jabatan dengan kerajaan negeri dan pusat untuk pelaksaan program lebih baik tahun ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman ketika pelaksaan dalam RMK-10.
"Selain itu kesiapsiagaan ketika menghadapi mala petaka antaranya keperluan supaya ketua-ketua masyarakat tampil ke hadapan ketika berlaku sebarang masalah bagi membantu agensi-agensi KKLW," katanya.
Mohd Shafie berkata pihaknya turut menerima permohonan tambahan peruntukan untuk pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan rumah panjang oleh kerajaan Sarawak dan Sabah.
"Sarawak memohon RM51 juta, manakala Sabah memohon RM50 juta. Kita akan panjangkan permohonan ini kepada Kementerian Kewangan," katanya.
Bernama
Mon Mar 23 2015

SHAFIE: RM2.5 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar dan desa - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PPR daya huni, KPKT laksana pelbagai penambahbaikan
Benarkah penghuni di situ dibelenggu pelbagai masalah sosial, jenayah, kebersihan mahupun kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak?

KKDW diberi RM460.2 juta untuk pembangunan PPRT
Jumlah itu merangkumi peruntukan RM244.4 juta bagi pembinaan 3,030 unit rumah baharu sementara baki untuk pembaikpulihan.

Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT
Penerima PPRT di kawasan KESEDAR baru-baru ini, tidak menduga dapat tinggal bersama ahli keluarganya di rumah yang lebih selesa.

RM200 juta bagi bina dan baik pulih PPRT tahun ini - Sivarasa
Kedua-dua inisiatif berkenaan akan memberi manfaat kepada hampir 43,000 penduduk di bawah golongan miskin dan miskin tegar.

RM2.5 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar dan desa - Shafie
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntuk RM2.5 bilion untuk pelaksanaan projek Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Desa Abad ke-21 di seluruh negara tahun ini.