Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah mampu milik Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) apabila permohonannya untuk memperbaiki rumah pusaka yang usang bertukar mendapat sebuah rumah yang lebih selesa dalam projek terbabit.
Mohd Azlan Ismail, 42, antara 88 orang penerima PPRT di kawasan KESEDAR baru-baru ini, tidak menduga dapat tinggal bersama ahli keluarganya di rumah yang lebih selesa.
Beliau berkata pada permulaannya beliau hanya memohon bantuan untuk membaiki rumahnya yang usang didiami bersama isteri serta empat orang anak berusia setahun sehingga 13 tahun.
"Usahkan untuk membina rumah baharu, memperbaikinya saya tidak mampu dengan bergantung kepada pendapatan yang tidak menentu berkerja sebagai buruh.
"Jika tidak ada program seumpama ini, mana mungkin golongan tidak berkemampuan seperti saya untuk impikan tinggal dirumah yang lebih selesa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkebang di sini, pada Ahad.
Mohd Azlan berkata beliau sangat gembira apabila mengetahui beliau memperolehi rumah PPRT untuk keselesaan anak-anak serta isterinya.
"Ia adalah bantuan dan sumbangan kerajaan paling bernilai kepada keluarga kami, jika tidak kami akan terus tinggal di rumah usang," katanya.
Sementara itu seorang lagi penerima Mohd Borhan Ibrahim, 40, dari Kampung Chemulang, Kuala Krai berkata beliau juga tidak menjangka memperoleh rumah PPRT itu selepas mengemukakan permohonan.
"Permulaannya, saya fikir permohanan saya gagal untuk mendapat rumah itu tapi beberapa bulan kemudian saya dimaklumkan oleh pegawai KESEDAR bahawa permohanan saya diluluskan. Tidak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika itu.
"Sebelum ini, saya bersama isteri serta dua orang anak hanya tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM50 sebulan dengan pendapatan antara RM450 sehingga RM500 sebulan sebagai penoreh getah," katanya.
Katanya agak mustahil dirinya yang bekerja sebagai penoreh getah dengan harga komoditi itu yang rendah mampu untuk membina rumah baharu.
"Bayangkan dengan pendapatan tidak menentu ketika ini dengan harga getah murah, ditambah pula cuaca tidak menentu untuk saya bina rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 06 2019

Datuk Sazmi Miah (empat, kiri) bersama para penerima, Mohd Borhan Ibrahim, 40, (tengah), Mohd Azlan Ismail, 42, (tiga, kanan) dan Hasnah Idris, 33, (dua, kiri) pada majlis penyampaian Kunci Rumah PPRT di Mengkebang pada Ahad. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

3 gajah liar rosakkan tanaman pekebun Sungai Terah
Kira-kira 300 pekebun di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Sungai Terah, ketakutan selepas kawasan kebun mereka diceroboh tiga gajah liar sejak Khamis lepas.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh letak jawatan pengerusi syarikat milik Kesedar
Zawawi membuat pengumuman itu dalam Majlis Penerangan Isu Semasa di Dewan Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh malam ini.

Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah PPRT
Penerima PPRT di kawasan KESEDAR baru-baru ini, tidak menduga dapat tinggal bersama ahli keluarganya di rumah yang lebih selesa.