KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.7 bilion dalam Rolling Plan 3 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk membangunkan infrastruktur mampan menerusi pelaksanaan projek pembetungan di seluruh negara.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memodenkan infrastruktur pembetungan dan menyediakan perkhidmatan pembetungan yang cekap dan berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berkata setakat ini, Malaysia telah mencapai 85.4 peratus perkhidmatan pembetungan di bandar-bandar utama dan menyasarkan untuk mencapai 90 peratus liputan pembetungan menjelang akhir RMK12 pada 2025.
"Pemodenan sektor pembetungan negara melibatkan proses menaik taraf loji rawatan kumbahan yang tidak berkesan dan tidak menjimatkan kos serta menutup loji rawatan bersaiz kecil kerana penduduk dan aktiviti ekonomi yang berkembang.
"Inisiatif itu juga penting untuk memastikan efluen yang dilepaskan mematuhi peraturan alam sekitar yang ketat, terutamanya tentang pencemaran sumber air," katanya dalam ucapan perasmian Trenchless Asia 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Nik Nazmi berkata kementerian telah mengambil konsep penyerantauan dalam pembangunan infrastruktur pembetungan di kawasan bandar berkepadatan tinggi yang menggalakkan pembinaan loji rawatan kumbahan dengan skala yang sesuai bagi memenuhi keperluan komuniti lebih besar.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata potensi sektor pembetungan di Malaysia masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.
"Tiga produk sampingan loji rawatan kumbahan sebagai contoh biopepejal, bioefluen dan biogas, kesemuanya mempunyai potensi ekonomi untuk dikomersialkan .... Sebagai contoh bioefluen, kerajaan telah meletakkan agenda khusus untuk menggunakan efluen terawat untuk tujuan tertentu.
"Menerusi inisiatif ini, kerajaan menyasarkan untuk menghasilkan 1,500 JLH (juta liter sehari) air tebus guna menjelang 2030, kebanyakannya digunakan untuk kegunaan yang tidak boleh diminum dan sebagai sumber air alternatif untuk industri tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
![RM1.7 bilion untuk projek pembetungan seluruh negara - Nik Nazmi RM1.7 bilion untuk projek pembetungan seluruh negara - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684301896_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Nik Nazmi berkata potensi sektor pembetungan di Malaysia masih belum dimanfaatkan sepenuhnya. -Gambar fail
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![RM1.7 bilion untuk projek pembetungan seluruh negara - Nik Nazmi RM1.7 bilion untuk projek pembetungan seluruh negara - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684301896_NikNazmiNikAhmad.jpg)
RM1.7 bilion untuk projek pembetungan seluruh negara - Nik Nazmi
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.7 bilion dalam Rolling Plan 3 di bawah RMK12 untuk membangunkan infrastruktur mampan menerusi pelaksanaan projek pembetungan di seluruh negara.
![RM42 juta diperlukan baik pulih sistem kumbahan di Sandakan RM42 juta diperlukan baik pulih sistem kumbahan di Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528106887_Kumbahan.jpg)
RM42 juta diperlukan baik pulih sistem kumbahan di Sandakan
Kerajaan Negeri Sabah memerlukan kos sekurang-kurangnya RM42 juta bagi membaik pulih sistem pembentungan kumbahan yang dilaporkan mengalami kerosakan hampir 70 peratus di daerah Sandakan.
![Kegagalan sistem pembentungan bawah tanah punca banjir kilat Kegagalan sistem pembentungan bawah tanah punca banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51361287344_295x200.jpg)
Kegagalan sistem pembentungan bawah tanah punca banjir kilat
Kegagalan sistem pembentungan bawah tanah menjadi faktor kompleks beli belah IOI Mall dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dinaiki air.