Kegagalan sistem pembentungan bawah tanah menjadi faktor kompleks beli belah IOI Mall dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dinaiki air.

Perkara tersebut dinyatakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Asmawi Kasbi.

Jelas Asmawi keputusan awal itu dicapai selepas perbincangan bersama pihak Lingkaran Trans Kota Sendirian Berhad (Litrak) dan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB).

Sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya meminta MRCB memperbesarkan longkang berhampiran.

Asmawi turut memberi jaminan siasatan penuh akan dapat diketahui dalam masa dua minggu.

Sementara itu hasil tinjauan mendapati kompleks beli belah IOI Mall kembali beroperasi seperti biasa namun masih terdapat beberapa premis ditutup.

Ini disebabkan premis berkenaan terjejas teruk akibat kejadian tersebut.

Dalam kejadian pada Isnin kawasan sekitar IOI Mall dan LDP dinaiki air.

Insiden tersebut turut mengakibatkan 140 buah kenderaan ditenggelami air.


Juga baca:
Banjir kilat melanda Pusat Bandar Puchong
Keluhan mangsa banjir di Puchong
Projek pembinaan laluan tambahan LRT bukan penyebab banjir kilat