KUALA KANGSAR: Seramai 232,427 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan musim tengkujuh (BMT) tahun ini, melibatkan peruntukan hampir RM186 juta (RM185,941,600).
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Risda, Ahmad Zainal Abdullah berkata, bantuan keseluruhan berjumlah RM800 bakal diterima setiap pekebun kecil berkenaan secara berfasa dan ia akan bermula pada November ini.
"Untuk makluman, jumlah keseluruhan RM800 itu akan dibayar secara berfasa bermula dari November ini sehingga Februari tahun depan kepada setiap pekebun kecil yang berdaftar di bawah Risda.
"Selain itu, syarat kelayakan yang dikenakan untuk mendapatkan bayaran BMT ini adalah setiap daripada pekebun kecil itu perlu mengusahakan tanaman getah berkeluasan sekurang-kurangnya 2.5 hektar ke bawah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG) Peringkat Risda Negeri Perak di Dewan Jubli Perak, di sini, pada Selasa.
Terdahulu, program tersebut turut dihadiri Pengarah Risda Perak, Ronni Pasla Mohamed Yusoff; Timbalan Pengarah Risda Perak, Mohamad Azli Mohd Shah; Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi (BPPT), Laili Husna Othman serta 670 pekebun kecil dari seluruh daerah di negeri ini.
Katanya, Risda sedang berusaha mengenal pasti pelbagai kaedah atau pendekatan terbaik dalam memperkasakan sektor pekebun kecil getah yang menyumbang kepada 85 peratus hasil getah asli negara.
Tambahnya, buat masa ini, fokus utama terarah kepada usaha menggalakkan para pekebun kecil getah untuk memberi tumpuan penghasilan susu getah atau lateks, sama ada secara individu mahupun berkumpulan.
"Risda sedar proses lateks ini perlu melalui fasa-fasa pembangunan dan latihan, namun disebabkan permintaan dan keperluan terhadap industri, peluang menghasilkan lateks ini perlu direbut sebaik mungkin oleh para pekebun kecil getah ini.
"Kita juga percaya dengan kepelbagaian penghasilan getah asli, pendapatan pekebun kecil ini dapat ditingkat semaksimum mungkin," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zainal berkata, Risda turut menawarkan Skim Getah Matang (SGM) yang berperanan dalam membantu mana-mana pekebun kecil getah mengusahakan semula kebun getah yang tidak bertoreh.
"Skim ini merangkumi komponen bantuan peringkat satu hingga lima melalui penambahan bantuan SGM dengan nilai maksimum RM 7,700 di Semenanjung Malaysia serta RM8,400 di Sabah dan Sarawak," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Ahmad Zainal (tengah) bergambar bersama para pekebun selepas merasmikan Program Kempen GPPG dan Konvensyen GAP Peringkat RISDA Negeri Perak Tahun 2023 di Dewan Jubli Perak, pada Selasa. - Gambar Bernama
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.
Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.
Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.
11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.
Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.
PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.