Remaja lelaki Bangladesh yang dihantar pulang pada Februari lalu selepas ditemui dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor, dilaporkan meninggal dunia berhampiran rumahnya.
Ratul Islam Fahim lemas semasa mandi seorang diri di kolam berhampiran rumahnya di Monohargonj, daerah Cumilla semalam, kata polis, lapor Bdnews24.Com.
Bapanya, Faruk Mia, memberitahu polis bahawa Ratul yang mempunyai masalah mental itu tidak tahu berenang.
Faruk berkata, Ratul mandi seorang diri kerana semua orang keluar ke sawah untuk menuai padi.
"Bagaimana saya boleh hidup selepas ini?" katanya mengenai anak sulung daripada tiga beradik itu.
Menurut Bdnews24.Com, Ratul telah dikebumikan tanpa melalui proses bedah siasat selepas keluarganya mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.
Laporan itu turut menyebut, pihak berkuasa berjanji untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas insiden tersebut.
Kisah remaja berusia 16 tahun ini menarik perhatian media antarabangsa terutama Malaysia selepas dia ditemui dalam kontena yang diturunkan dari sebuah kapal di Westports di Pelabuhan Klang pada 17 Januari lalu.
Dia dilaporkan bertahan hidup selama enam hari tanpa makanan atau minuman.
Dia memberitahu pihak berkuasa bahawa dia sedang bermain dalam kontena dengan kawan-kawan di Chittagong tetapi kemudian terkunci di dalamnya.
Ratul kemudian dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sebelum ditempatkan di sebuah pusat jagaan sementara.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemudian membantu menguruskan dokumennya dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia sebelum dihantar pulang pada 22 Februari lalu.
Astro Awani
Sun Apr 30 2023
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bertemu Ratul sebelum dia dihantar pulang ke Bangladesh pada Februari lalu. - Gambar fail/ Twitter Saifuddin Nasution
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Remaja lelaki Bangladesh ditemui dalam kontena di Malaysia, meninggal dunia
Remaja lelaki Bangladesh ditemui dalam kontena di Malaysia, meninggal dunia