KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid, diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas dia mengaku salah mencuri wang tabung surau, tahun lepas.
Majistret Nur Hafizah Rajuni membuat keputusan itu semalam selepas meneliti laporan sosial dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap Daniel Iskandar, 20, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
"Tertuduh merupakan pesalah muda. Oleh itu, memerintahkan tertuduh dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai umur 21 tahun," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan remaja itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula semalam.
Mengikut pertuduhan, Daniel didakwa mencuri wang RM74 daripada tabung milik surau Al Munir Batu 17 Kuang, Rawang pada 12.44 tengah hari 5 Dis 2022, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, tertuduh hendaklah dihukum penjara dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak melakukan kesalahan sama.
Peguam Suhaida Mohd Sobri daripada Jabatan Bantuan Guaman, Negeri Selangor yang mewakili Daniel memohon hukuman ringan dengan mengambil kira laporan sosial yang dibacakan oleh wakil JKM selain anak guamnya merupakan pesalah muda serta telah insaf.
"Sebelum ditangkap, tertuduh bekerja di bengkel kereta dan dijaga oleh datuknya. Ibu bapa anak guam saya telah bercerai dan dia anak sulung daripada tiga beradik yang seorang daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU)," kata peguam itu.
Dalam pada itu, pegawai JKM Mohamad Hanafi Sedi memohon supaya Daniel diperintahkan ditahan di sekolah itu sehingga mencapai 21 tahun.
Pada 13 Jan tahun lepas, Daniel dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Jan tahun lepas, mengetepikan hukuman penjara dan denda itu terhadap Daniel, menggantikannya dengan perintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu dilaksana dalam tempoh enam bulan, ditumpukan dengan khidmat di masjid-masjid.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
![Remaja curi tabung surau diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney Remaja curi tabung surau diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667238903_CourtGavel.jpg)
Pada 13 Jan tahun lepas, Daniel dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah. - Gambar hiasan
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/51519486859_TabungMasjid.jpg)
Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
![Curi duit tabung masjid, lelaki dipenjara dua bulan Curi duit tabung masjid, lelaki dipenjara dua bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699264057_Curiduittabungmas.jpg)
Curi duit tabung masjid, lelaki dipenjara dua bulan
Gara-gara mencuri wang tabung masjid, seorang lelaki dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Isnin.
![Polis tahan penganggur cuba curi tabung masjid Polis tahan penganggur cuba curi tabung masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684490629_HANDCUFF.jpg)
Polis tahan penganggur cuba curi tabung masjid
Seorang penganggur ditahan di rumahnya di Kajang, tengah malam tadi kerana disyaki cuba mencuri wang di dalam tabung di sebuah masjid di Bandar Baru Bangi, 19 Mei lepas.
![Polis buru tiga suspek larikan tabung masjid Polis buru tiga suspek larikan tabung masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683094287_keskecurian.jpg)
Polis buru tiga suspek larikan tabung masjid
Polis sedang memburu tiga lelaki disyaki mencuri duit tabung di sebuah masjid di SS7, Kelana Jaya, di sini pada Isnin.
![Remaja curi tabung surau diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney Remaja curi tabung surau diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667238903_CourtGavel.jpg)
Remaja curi tabung surau diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Seorang remaja lelaki yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid, diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney.
![Pihak masjid, keluarga remaja dimandikan seperti jenazah berdamai Pihak masjid, keluarga remaja dimandikan seperti jenazah berdamai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643383070_ZainulRijal.jpg)
Pihak masjid, keluarga remaja dimandikan seperti jenazah berdamai
Setelah berbincang dengan semua pihak yang terlibat, mereka sepakat untuk saling bermaafan dan berdamai.
![Remaja cuba curi tabung masjid dipenjara 10 hari, denda RM4,000 Remaja cuba curi tabung masjid dipenjara 10 hari, denda RM4,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641378044_HukumSebatPenjara.jpg)
Remaja cuba curi tabung masjid dipenjara 10 hari, denda RM4,000
Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid, dipenjara 10 hari.
![Wanita tidak mengaku bersalah curi tabung masjid Wanita tidak mengaku bersalah curi tabung masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630569279_TBWANITACURIjpg.jpg)
Wanita tidak mengaku bersalah curi tabung masjid
Tertuduh berpendapatan tidak tetap selain mempunyai masalah rumahtangga.
![Dua remaja 'kait' wang tabung masjid ditahan Dua remaja 'kait' wang tabung masjid ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51572507154_TBTABUNG.jpg)
Dua remaja 'kait' wang tabung masjid ditahan
Dua remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan sekumpulan jemaah Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, awal pagi tadi kerana disyaki mencuri wang tabung masjid
![Curi tabung masjid: Dua remaja tidak sempat belanja RM30 Curi tabung masjid: Dua remaja tidak sempat belanja RM30](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566633802_curiwangtabungma.jpg)
Curi tabung masjid: Dua remaja tidak sempat belanja RM30
Dua remaja tidak sempat berbelanja wang RM30 yang dicuri dari tabung sebuah masjid di Tasek Gelugor, Pulau Pinang apabila mereka diberkas polis pada Jumaat.