KANGAR: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM40 dari tabung sebuah masjid Ogos lalu.
Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md Zain.
Dia yang bekerja sebagai tukang cuci didakwa mencuri wang tunai dari tabung Masjid Sirajudin kira-kira pukul 8.45 malam pada 28 Ogos lalu.
Perbuatan itu berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM2,000.
Peguam mewakili tertuduh, Nur Iman Nor Azmi, merayu jaminan diringankan dengan alasan tertuduh yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap, terdesak dan selain mempunyai masalah rumahtangga dan tinggal berasingan dengan suami.
Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan tertuduh dengan mengekalkan jaminan RM2,000 terbabit.
Mahkamah menetapkan 4 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Sep 02 2021
Nur Amira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM40 dari tabung Masjid Sirajudin pada 28 Ogos lalu. - Foto Astro AWANI
Sistem Japan Airlines alami serangan siber, ribuan pelanggan berdepan kelewatan
Syarikat Penerbangan Jepun, Japan Airlines (JAL) mengesahkan bahawa sistem elektroniknya mengalami serangan siber hari ini. Memetik laporan Reuters, serangan yang bermula sekitar 7.24 pagi Isnin waktu tempatan itu telah menyebabkan kelewatan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa.
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa pihaknya berhasrat membina pos tentera dalam zon penampan yang telah dinyah tenterakan di Bukit Golan, Barat Daya Syria.
Angka korban terkini di Palestin terus meningkat
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan berterusan rejim Zionis meningkat kepada 45,361 orang dan jumlah kecederaan setakat ini meningkat kepada 107,803.
[TERKINI] Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Curi duit tabung masjid, lelaki dipenjara dua bulan
Gara-gara mencuri wang tabung masjid, seorang lelaki dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Isnin.
Polis tahan penganggur cuba curi tabung masjid
Seorang penganggur ditahan di rumahnya di Kajang, tengah malam tadi kerana disyaki cuba mencuri wang di dalam tabung di sebuah masjid di Bandar Baru Bangi, 19 Mei lepas.
Polis buru tiga suspek larikan tabung masjid
Polis sedang memburu tiga lelaki disyaki mencuri duit tabung di sebuah masjid di SS7, Kelana Jaya, di sini pada Isnin.
Remaja curi tabung surau diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Seorang remaja lelaki yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid, diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney.
Pihak masjid, keluarga remaja dimandikan seperti jenazah berdamai
Setelah berbincang dengan semua pihak yang terlibat, mereka sepakat untuk saling bermaafan dan berdamai.
Remaja cuba curi tabung masjid dipenjara 10 hari, denda RM4,000
Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid, dipenjara 10 hari.
Wanita tidak mengaku bersalah curi tabung masjid
Tertuduh berpendapatan tidak tetap selain mempunyai masalah rumahtangga.
Dua remaja 'kait' wang tabung masjid ditahan
Dua remaja lelaki berumur 16 tahun ditahan sekumpulan jemaah Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, awal pagi tadi kerana disyaki mencuri wang tabung masjid
Curi tabung masjid: Dua remaja tidak sempat belanja RM30
Dua remaja tidak sempat berbelanja wang RM30 yang dicuri dari tabung sebuah masjid di Tasek Gelugor, Pulau Pinang apabila mereka diberkas polis pada Jumaat.