PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Nov untuk mendengar rayuan oleh seorang individu bagi mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Batu Puteh.
Pada hari yang sama juga, mahkamah akan mendengar rayuan Mohd Hatta Sanuri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jan tahun lepas yang membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia bagi perintah perlindungan supaya dokumen dalam saman itu tidak didedahkan kepada pihak yang tidak terlibat dalam kes tersebut.
Timbalan Ketua Bahagian Sivil II Jabatan Peguam Negara Shamsul Bolhassan semasa dihubungi Bernama mengesahkan tarikh berkenaan.
Pihak-pihak yang terlibat juga dikehendaki mengemukakan hujah masing-masing pada 18 Okt dan hujah balas pada 31 Okt. Satu lagi pengurusan kes ditetapkan pada 1 Nov.
Tarikh itu ditetapkan berikutan pengurusan kes yang diadakan semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norshakinah Ahmad Kamarudin.
Pada 1 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman Mohd Hatta selepas membenarkan permohonan Perdana Menteri dan kerajaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz semasa membenarkan permohonan itu berkata perkara tersebut tidak boleh diadili dan Mohd Hatta Sanuri juga tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membawa tindakan undang-undang terhadap defendan (Perdana Menteri dan kerajaan).
Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.
Pada 28 Mei 2021, Mohd Hatta, memfailkan tindakan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang didakwa terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Hatta memohon perintah supaya defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ dengan tuntutan Batu Puteh terhadap Singapura pada 1 Jun 2018 sedangkan ia telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Feb 2017.
Beliau turut memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Batu Puteh dan berdasarkan kerugian ekonomi yang dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata berjumlah paling kurang RM10 juta.
Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Feb 2017 sehingga tarikh mereka menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.
Semasa Mohd Hatta memfailkan saman itu, jawatan perdana menteri disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, selepas beliau berundur, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri kesembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
![Rayuan untuk kembalikan semula saman berhubung tuntutan Batu Puteh didengar pada 15 Nov Rayuan untuk kembalikan semula saman berhubung tuntutan Batu Puteh didengar pada 15 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667836679_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Nov untuk mendengar rayuan oleh seorang individu bagi mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan semula keputusan ICJ berhubung tuntutan Batu Puteh. - Gambar hiasan
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637916006_TommyNajib.jpg)
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
![Larangan aplikasi: Mahkamah Agung AS akan dengar rayuan TikTok Larangan aplikasi: Mahkamah Agung AS akan dengar rayuan TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734408556_TBtiktok.jpg)
Larangan aplikasi: Mahkamah Agung AS akan dengar rayuan TikTok
Mahkamah Agung AS pada Rabu memutuskan untuk mendengar rayuan TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance.
![Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716981193_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
![Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650459855_IrwanSerigar.jpg)
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
![Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727150884_SyedSvhahIqmal.jpg)
Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan
Menerusi notis rayuan yang difailkan 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal, membuat permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan hakim.
![Kematian dalam tahanan: Kerajaan, polis dapat kebenaran merayu keputusan bayar RM197,600 Kematian dalam tahanan: Kerajaan, polis dapat kebenaran merayu keputusan bayar RM197,600](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Kematian dalam tahanan: Kerajaan, polis dapat kebenaran merayu keputusan bayar RM197,600
Terdapat isu mengenai ganti rugi dan liabiliti di bawah undang-undang berkaitan yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 25 Okt untuk dengar rayuan Family Frontiers Mahkamah Persekutuan tetapkan 25 Okt untuk dengar rayuan Family Frontiers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716981193_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 25 Okt untuk dengar rayuan Family Frontiers
Mahkamah akan mendengar rayuan Family Frontier bersama dengan empat rayuan lain yang berkaitan dengan kes kewarganegaraan berasingan.
![Subsidi diesel: KPDN sedia bawa rayuan pengusaha trak tunda - Fuziah Subsidi diesel: KPDN sedia bawa rayuan pengusaha trak tunda - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718966998_FuziahSalleh.jpg)
Subsidi diesel: KPDN sedia bawa rayuan pengusaha trak tunda - Fuziah
KPDN bersedia untuk membawa rayuan pengusaha trak penunda kenderaan supaya diberi pertimbangan mendapat subsidi diesel bagi mengurangkan beban kos operasi mereka.
![Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444928_tbAnwarIbrahim.jpg)
Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61688100556_PENGERUSIPERTUBUHAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Julai untuk mendengar rayuan bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan terhadap penolakan keputusan yang mengisytiharkan penahanan 16 harinya di bawah Akta Pencegahan