SEKALIPUN CPI 2022, menunjukkan Eropah Barat dan EU kekal sebagai rantau dengan skor tertinggi, banyak negara menunjukkan penurunan yang membimbangkan termasuklah Malaysia.
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan bahawa skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh kestabilan politik, ketelusan perundangan, kebebasan bersuara dan menyampaikan maklumat dan kualiti kawal selia daripada sudut jangka pendek dan jangka panjang.
Kelemahan daripada sudut-sudut berkenaan memerlukan peraturan dan perundangan yang jelas dan telus tanpa dipengaruhi sebarang unsur yang menimbulkan konflik kepentingan terhdap mana-mana pihak. CPI yang memberi kesan langsung kepada pelaburan dan hubungan antara negara dalam pembangunan ekonomi, menunjukkan bahawa agenda antirasuah dan integriti harus menjadi strategi penting dalam reformasi institusi dan perundangan secara komprehensif. Prestasi sistem tadbir urus harus diteliti semula dan kompetensi pegawai-pegawai harus dinilai untuk negara ini benar-benar dapat memerangi rasuah.
Walaupun di Malaysia sudah dapat dilihat kesedaran antirasuah sudah bermula, revolusi penolakan rasuah secara total masih belum cukup matang. Menyedari hakikat ini laungan barisan kepimpinan baharu Malaysia yang meletakkan reformasi antirasuah sebagai keutamaan sewajarnya menzahirkan dengan mekanisme sistem yang menyeluruh, termasuk menghentikan pemboleh (enabler) korupsi seperti kronisme, nepotisme, fovoratism yang mampu meningkatkan risiko rasuah. Ia membuka ruang bias, prejudis dan menimbulkan isu sama ada serius atau pun remeh temeh dan menyukarkan kawalan konflik kepentingan. Ini berkemungkinan memperlahankan pembangunan dan menjadi penghalang terbesar kepada usaha kita semua untuk menentang rasuah. Janji yang besar memerlukan langkah gergasi juga kerana keputusan CPI hari ini menunjukkan transformasi yang perlu dilakukan tentunya juga lebih sulit.
CPI ini menjadi sebahagian kayu ukur untuk menilai potensi dan masa depan negara kita. Demokrasi Malaysia harus dijayakan dengan pemantauan berkesan, imbangan kuasa dan meningkatnya kawalan terhadap rasuah.
Dalam situasi kritikal Malaysia, gerakan sosial yang didokong oleh rakyat harus terus dijadikan gelombang kebangkitan transformasi budaya nilai. Kuasa perubahan ini tidak dipegang para pemimpin tetapi oleh guru, ibu bapa, penjawat awam, pekerja restoren, anak muda atau sesiapa saja dalam kalangan rakyat biasa yang akhirnya menentukan akauntabiliti itu terbina secara organik. Justeru, pihak kerajaan harus lebih terbuka menerima penglibatan dan pandangan pakar, profesional dan masyarakat sivil yang bersedia memberikan sumbangan kerjasama untuk mempertingkatkan tahap integriti, akauntabiliti dalam usaha pembendungan rasuah.
Kita harus yakin bahawa kesan rasuah memberi impak kepada kestabilan dan ekonomi dan kemakmuran negara. Kefahaman tentang tanggungjawab membawa negara kepada posisi yang lebih baik bergantung penuh kepada sikap kerajaan dan rakyat seluruhnya. Ketidakstabilan politik, ketirisan, kronism, nepotism, kelompongan undang-undang, dan sebagainya adalah halangan kepada Malaysia untuk meningkatkan prestasinya. Batu-batu penghalang ini harus kita alihkan segera.
Utamakan komitmen antirasuah, iktiraf suara rakyat demi menjamin Malaysia yang lebih selamat dan berkat.
*Nurhayati Nordin ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia - #RasuahBusters.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Tue Jan 31 2023
Walaupun di Malaysia sudah dapat dilihat kesedaran antirasuah sudah bermula, revolusi penolakan rasuah secara total masih belum cukup matang. - Gambar hiasan
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Malaysia mampu capai 'Top 25' dunia Indeks Pembangunan Sosial, Rasuah - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia mampu dicapai menerusi pelaksanaan Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 yang turut menjadi garis panduan mencegah lambakan jenayah sejak kebelakangan ini.
KSN pengerusikan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah
Kerajaan telah bersetuju dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.
PBT gagal tubuh unit integriti, KSN sendiri ketuai pasukan petugas khas persepsi rasuah
Pasukan itu kemudiannya akan memantau rapat, membuat tindakan susulan bersesuaian melalui inisiatif di bawah Strategi Pembantu Rasuah Nasional (NACS).
Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN
Masih ada ruang dan perkara yang boleh dilakukan semua pihak untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
[KOLUMNIS] Perbaiki CPI, belajar dari Korea Selatan
Bagi merealisasikan sasaran kerajaan untuk berada di kedudukan 25 teratas dalam CPI, banyak perkara yang boleh dipelajari dari Korea Selatan.
Wujudkan persekitaran bebas rasuah dalam sektor awam, swasta - Sivakumar
Usaha mencegah rasuah menjadi fokus utama kerajaan kerana rakyat kini giat memerhati dan menghakimi kualiti perkhidmatan kerajaan dan agensinya.
Tiga perkara perlu dibuat segera untuk pulih persepsi rasuah negara - TI-M
Kerajaan perlu mengambil perhatian untuk tindakan segera sebagai langkah pertama menambah baik kedudukan Indeks Persepsi Rasuah.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia naik ke tangga 61, skor turun 1 mata
Daripada keseluruhan 180 negara, Malaysia berada di kedudukan ke-61.
Rasuah: 'Kajian berdasar bukti' data yang tidak boleh disangkal
Suhaimee Saahar berkata, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bukanlah pengukuran atau instrumen yang mempunyai bukti akademik.