PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan beliau sendiri akan mempengerusikan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Tegasnya, ia bagi memastikan kedudukan negara dalam CPI terus diperbaiki.

Menurutnya, pasukan itu akan memantau rapat dan membuat tindakan susulan bersesuaian melalui inisiatif di bawah Strategi Pembantu Rasuah Nasional (NACS).

“Saya juga mendapati bahawa majoriti PBT gagal melaksanakan arahan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian 1.2.1 iaitu penubuhan Unit Integriti, struktur dan perjawatan, serta pelaporan dan latihan.

“Kegagalan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Justeru, pematuhan kepada arahan ini akan memantau utama bagi Pasukan Petugas Khas CPI ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 di Putrajaya pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau juga turut mencadangkan reformasi dilakukan terhadap Badan Berkanun
Persekutuan (BBP), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC) dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG).

“Dalam hubungan ini, Kerajaan telah menubuhkan Pejabat Penyelaras Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi melihat serta mencari penyelesaian untuk menangani isu berkaitan fungsi BBP,” ujarnya.