KUALA LUMPUR: Masih ada ruang dan perkara yang boleh dilakukan semua pihak untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) seiring dengan sasaran kedudukan ke-25 dunia menjelang 2033, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.
Beliau berkata ia termasuklah mempercepatkan lagi pelaksanaan Strategi Antirasuah Nasional atau NACS yang menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang bermula sejak 2019 dan tamat pada 2023.
"Seperti yang kita sedia maklum juga, kerajaan melalui Kajian Separa Penggal RMK-12 (Rancangan Malaysia ke-12) dan NACP sebelum ini, telah menetapkan strategi dan tindakan yang memerlukan komitmen daripada semua sektor awam dan swasta.
"Walau bagaimanapun, isu-isu ketirisan, salah guna kuasa dan perlakuan rasuah tetap masih belum dapat dikekang sepenuhnya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-10 di Pusat Dagangan Dunia, di sini.
Sehubungan itu, beliau berkata graduan-graduan yang ada pada hari ini perlu sedar dan jelas akan peranan-peranan yang perlu dimainkan di jabatan dan syarikat masing-masing dan seterusnya membawa organisasi-organisasi mereka ke arah pentadbiran yang lebih baik.
"NACP sebelum ini telah memfokuskan kepada pemantapan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam sektor awam demi meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam urus tadbir kerajaan.
Namun begitu, kepentingan pengukuhan integriti dan antirasuah dalam sektor swasta juga tidak boleh dipandang enteng dan perlu menjadi salah satu agenda utama dalam usaha murni ini," katanya.
Justeru, beliau berkata kerajaan akan memperkenalkan NACS 2024-2029 sebagai kesinambungan kepada NACP yang merupakan satu inisiatif pelaksanaan pentadbiran berlandaskan tatakelola baik yang pastinya dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
"Saya difahamkan NACS 2024-2029 bakal dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Ia akan memfokuskan kepada keberkesanan pencegahan rasuah serta meningkatkan tatakelola baik dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.
Mohd Zuki turut merakamkan ucapan tahniah susulan kejayaan negara memperbaiki skor CPI 2023 daripada 47 ke 50 mata dengan kenaikan empat tangga iaitu daripada tangga 61 ke 57 daripada keseluruhan 180 negara yang dinilai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kali Ke-10 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. - Foto Bernama

Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM2.08 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.

Aidilfitri: 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang
Sebanyak 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri minggu depan.

WHO konsisten jana impak sosial cegah dan rawat penyakit TB - Peng
Pencapaian yang ketara boleh disaksikan dalam pencegahan penyakit tuberkulosis (TB) di peringkat global hasil usaha berterusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan masyarakat antarabangsa.

Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam tempoh 12 hari
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 3 Mac lepas, menyaksikan 10 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan.

Ancaman siber KLIA: Siasatan menyeluruh dimulakan, operasi tidak terjejas
Malaysia Airports memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa mengekalkan operasi lapangan terbang tetap keutamaan mereka.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berdaya tahan pada 2025 - RHB IB
RHB IB kekal optimis mengenai landskap ekonomi dan mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 5.0 peratus untuk 2025.
AWANI 7:45 [25/3/2025] – Selesai cara harmoni | Ketegasan kerajaan | Pengawasan sempadan berisiko tinggi | RM200,000 kutipan tabung Aidilfitiri KDA FC
Harga tembikai di Terengganu jatuh mendadak daripada RM2.40 sekilogram kepada sekitar 40 ke 50 sen sekilogram susulan lambakan tembikai sepanjang Ramadan ini.

Dewan Negara lulus RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 yang bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Pentadbiran sukan | Penutupan Heathrow
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Negara lulus RUU CCUS 2025
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.

Malaysia mampu capai 'Top 25' dunia Indeks Pembangunan Sosial, Rasuah - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia mampu dicapai menerusi pelaksanaan Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 yang turut menjadi garis panduan mencegah lambakan jenayah sejak kebelakangan ini.

KSN pengerusikan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah
Kerajaan telah bersetuju dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

PBT gagal tubuh unit integriti, KSN sendiri ketuai pasukan petugas khas persepsi rasuah
Pasukan itu kemudiannya akan memantau rapat, membuat tindakan susulan bersesuaian melalui inisiatif di bawah Strategi Pembantu Rasuah Nasional (NACS).

Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN
Masih ada ruang dan perkara yang boleh dilakukan semua pihak untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
![[KOLUMNIS] Perbaiki CPI, belajar dari Korea Selatan [KOLUMNIS] Perbaiki CPI, belajar dari Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704195801_TBTARMIZE.jpg)
[KOLUMNIS] Perbaiki CPI, belajar dari Korea Selatan
Bagi merealisasikan sasaran kerajaan untuk berada di kedudukan 25 teratas dalam CPI, banyak perkara yang boleh dipelajari dari Korea Selatan.

Wujudkan persekitaran bebas rasuah dalam sektor awam, swasta - Sivakumar
Usaha mencegah rasuah menjadi fokus utama kerajaan kerana rakyat kini giat memerhati dan menghakimi kualiti perkhidmatan kerajaan dan agensinya.

Tiga perkara perlu dibuat segera untuk pulih persepsi rasuah negara - TI-M
Kerajaan perlu mengambil perhatian untuk tindakan segera sebagai langkah pertama menambah baik kedudukan Indeks Persepsi Rasuah.