Kemelut kontroversi berhubung urusan jual beli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM188.5 juta.
Kebimbangan rakyat turut dinyatakan sejak dokumen rahsia urus niaga tersebut didedahkan sebuah blog bertajuk 'The Benchmark'.
"Saya dah suruh pihak pengurusan Tabung Haji mengeluarkan kenyataan sebentar lagi. Mereka akan jawab nanti... biar mereka selesaikan dahulu," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut. - Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH), Datuk Seri Azeez Rahim
"Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.
"Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional," - Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah
"Kebocoran kertas cadangan tersebut tidak membuktikan bahawa cadangan pelaburan tersebut telah diluluskan.
"TH tidak pernah sama sekali membenarkan perbuatan mendedahkan maklumat sulit kerana ia bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995 dan polisi dalaman TH," - Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah
"Saya risau. Ini bukan isu politik kepartian. Saya bukan penyokong pembangkang. Tapi ia isu masa depan saya dan negara saya.
"Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini. Kasihanilah kami," tulis Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
"Ya, maaf di atas kesilapan komunikasi. Tidak benar mengenai RM722 juta untuk membeli dua bidang... itu yang saya nafikan," kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menerusi laman mikro Twitternya. -
“Itu adalah amanah daripada orang-orang yang hendak melabur untuk pergi ke tanah suci Mekkah,” kata Hudori Muhamed, 42 yang telah pergi ke Umrah sebanyak dua kali.
"Kenapa urusan ini dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pencarum serta umum? Apa yang menghairankan Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Rahim juga mengaku tidak tahu sehingga terpaksa menafikannya dalam laman Twitternya pada Rabu". - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
“Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan iaitu di bawah tanggungjawab Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan serta Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
“Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Najib dan Tengku Adnan,” kata Rafizi Ramli dalam satu kenyataan kepada media.
“Setelah pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) mengesahkan dakwaan pembelian plot tanah Tun Razak Exchange (TRX), ini menunjukkan bahawa pihak 1MDB terpaksa menggunakan tabungan awam untuk menyelamatkan kegagalan kewangan 1MDB,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan media.
“Wang yang ditabung sejak penubuhan Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan Tabung Haji dan subsidi kepada bakal haji.
“Wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji,” ujar Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pembelian tersebut melibatkan integriti jawatankuasa pelaburan LTH dan ahli lembaganya, ataupun tindakan itu merupakan arahan daripada pihak tertentu.
“Pembelian itu dibuat ke atas sebuah lokasi utama, namun adakah perjanjian dibuat berdasarkan nilai pasaran semasa?” ujar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi Tabung Haji melalui proses penilaian yang wajar di setiap peringkat.
"Pemuda UMNO tidak menafikan keperluan Tabung Haji untuk membuat pelaburan.
"Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh Tabung Haji bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit Tabung Haji dalam bentuk dividen," kata kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Pemuda UMNO.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun transaksi jual beli itu sah dan berdasarkan kesediaan pembeli-kesediaan penjual, para penyimpan Tabung Haji melihatnya seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban 1MDB.
“Tindakan pemberi maklumat tidak bernama mendedahkan dokumen berkaitan pembelian tanah 1MDB oleh TH yang nilainya mencecah RM188 juta seharusnya diberikan pujian dan penghormatan.
“Namun, pengumuman oleh Khalid bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengesan identiti pemberi maklumat dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) adalah mendukacitakan sedangkan keutamaan siasatan adalah mengenai urusniaga itu sendiri kerana ianya melibatkan dana pencarum simpanan TH,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir.
"Kalau boleh batalkan saya mohon batalkan, (ini) bukan kerana soal pelaburan, macam-macam pelaburan boleh buat tapi ini soal persepsi.
"Jangan sampai kita timbulkan keraguan dalam kalangan pendeposit, (mereka) ini makcik pakcik biasa, orang biasa yang deposit RM100...RM200," kata Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan.
“Kalau Tabung Haji sanggup bayar harga begitu tinggi untuk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kementerian Kewangan jualnya pada harga begitu murah kepada 1MDB dulu?” tanya Mukhriz Mahathir.
"Kami akan jual secepat mungkin, sudah ada tiga pihak tawarkan untuk beli tanah tersebut," kata Pengerusi TH dalam sidang media khas hari ini.
“Tabung Haji adalah satu dana awam dan selama ini ia ada rekod yang baik. Kini Tabung Haji terpalit isu 1MDB yang langsung menjejaskannya serta kebajikan pendeposit,” ujar Nik Nazmi Nik Ahmad Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat itu.
“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji.. Ya Allah Lindungi kami,” ujar Siti Nurhaliza dalam Twitternya.
"Saya yakin hasil audit bebas ini berserta siasatan Ketua Audit Negara akan dapat membantu 1MDB meyakinkan rakyat tentang status kewangan syarikat pelaburan itu," katanya semalam.
"Dalam konteks ini, saya menggesa Ketua Audit Negara segera mengemukakan laporannya dan memanjangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," kata Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pertahanan.
"Tidak ada pembatalan transaksi, tidak ada kekesalan dan permohonan maaf.
"Bahkan tidak ada penjelasan kenapa bayaran penuh dilunaskan pada masa perjanjian jual beli itu dimeterai dan bayaran yang begitu tinggi diluluskan, ulas Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS
"TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini," tulis Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
"Penjelasan yang dibuat oleh TH semalam tidak memadamkan hakikat perjanjian itu dianggap langkah penyelamatan (bailout)," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
"Sehubungan itu saya meminta pendeposit tidak perlu bimbang ... kerajaan telah memberi jaminan setiap simpanan dalam TH akan dibayar semula jika berlaku perkara tidak diingini," ulas Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
"Ia bukan langkah untuk menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kota Belud hari ini.
Astro Awani
Sun May 10 2015
Kutipan kenyataan berkenaan isu transaksi Tabung Haji, 1MDB
Ramalan 2025: Kesediaan AI dan Kebangkitan Ejen AI
David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi APJ di Boomi, membincangkan ramalan 2025 mengenai kesediaan AI dan kebangkitan ejen AI. Beliau juga mengupas kepentingan pengurusan ejen AI oleh kerajaan dan perniagaan, cabaran yang bakal dihadapi, serta amalan AI yang bertanggungjawab dan beretika.
AWANI Pagi: PILKADA 2024: Dinamika politik menuju Indonesia Emas 2045
Fokus AWANI Pagi 27 November 2024 8.30 pagi bersama Farhan Hakimi mengupas berkenaan PILKADA 2024 melihat kepada kawasan panas, pertembungan ideologi termasuk hala tuju ekonomi di bawah konsep Indonesia Emas 2045.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit diniagakan pada 4.4550/4650 berbanding dolar AS yang mengukuh daripada paras 4.4560/4600 di akhir urus niaga semalam.
JPS keluarkan amaran banjir, 30 kampung di Pasir Puteh dijangka terjejas
Antara kampung yang akan terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa dan Kampung Jelor.
Pertahankan legasi, cabaran besar PDIP dan Megawati
Pilkada Jakarta 2024 bagi parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) adalah lebih daripada sekadar pilihan raya kali ini.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Ketua Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU RI), Mochammad Afifuddin memaklumkan akan memastikan semua daerah di Indonesia bersiap sedia melaksanakan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 secara serentak yang berlangsung hari ini.
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
"Saya rasa tidak berdaya"
"Saya rasa tidak berdaya" itu luah rakyat Palestin yang berjuang untuk hidup berikutan kebuluran selain cuaca yang sangat sejuk di tengah-tengah serangan berterusan Israel.
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.