SHAH ALAM: Beberapa kelemahan dalam sistem perkhidmatan KTM komuter menjadi faktor orang ramai tidak berminat untuk menggunakan pengangkutan awam berkenaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perjalanan menggunakan pengangkutan awam itu agak lambat jika dibandingkan dengan sistem perkhidmatan tren ERL yang tambangnya jauh lebih mahal.
"Komuter ini macam bas berhenti-henti dan setiap stesen kena berhenti.
“Apa yang menjadikan perkhidmatan komuter lambat dari segi kelajuannya, tak boleh terlalu laju disebabkan ada satu projek di mana kita sedang membaik pulih landasan berkembar di Kuala Lumpur,” katanya pada sesi soal jawab bersama penonton ketika Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian di Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.
Menurutnya lagi, projek berkenaan sudah bermula, namun, ada bahagian yang masih belum siap lagi terutama melibatkan landasan dari Seremban ke Kuala Lumpur.
"Itu merupakan faktor (komuter) tidak boleh pergi laju sehingga 110 kilometer sejam, tetapi kekangan dari segi landasan itu ada,” katanya.
Anthony berkata, kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Mar 20 2023

Beberapa kelemahan dalam sistem perkhidmatan KTM komuter menjadi faktor orang ramai tidak berminat untuk menggunakan pengangkutan awam berkenaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. - Foto fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral).

Kren tumbang: Perkhidmatan komuter, ETS kembali pulih
Tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.

Tambang percuma sehala KTM Komuter Utara dari tiga stesen selama dua hari bermula Sabtu
Saarani berkata, inisiatif itu turut membantu memudahkan urusan harian penduduk di Perak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti dan sebagainya.

Kelewatan komuter disebabkan kerja-kerja naik taraf
Isu gangguan atau kelewatan waktu perjalanan perkhidmatan komuter kendalian KTMB adalah disebabkan pelaksanaan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur KDVT Fasa Satu dan Dua.

'Ramai tak minat naik komuter sebab lambat'
Kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama.

Perjalanan komuter percuma untuk OKU 3,4 Dis ini
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada 3 dan 4 Dis ini, bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Dis ini.

KTMB tambah baik jadual perjalanan komuter sektor Lembah Klang dan utara
Jadual waktu terkini untuk laluan berkenaan akan berkuat kuasa pada 25 Julai.

Mesin tiket di stesen KTM KL diselenggara, bukan tidak berfungsi - KTMB
Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal memaklumkan ketiga-tiga mesin itu dijangka boleh digunakan hujung bulan ini.

Komuter terbalik akibat tanah runtuh, tujuh cedera
Kemalangan itu berpunca daripada tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat.

Fasa kedua projek KVDT akan dikaji semula - Anthony Loke
Kos keseluruhan fasa kedua projek melibatkan jarak 110 kilometer itu menelan belanja kira-kira RM53 juta untuk setiap kilometer.