IPOH: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan tambang percuma sehala selama dua hari untuk pengguna KTM Komuter Utara dari stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen Butterworth, Pulau Pinang dan stesen perantaranya bermula Sabtu ini, bersempena pengoperasian laluan baharu berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau berkata inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan itu melalui KTMB, turut membantu memudahkan urusan harian penduduk di Perak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti dan sebagainya.
"Bagi mempromosikan dan menggalakkan lagi inisiatif tersebut, Kementerian Pengangkutan, kerajaan negeri dan KTMB, bersetuju menawarkan pemberian tambang percuma sehala selama dua hari pada 16 dan 17 Sept.
"Tawaran perkhidmatan percuma selama dua hari ini terhad bagi perjalanan sehala hanya dari tiga stesen yang baharu iaitu stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen lain di laluan KTM Komuter antara Ipoh ke Butterworth," katanya dalam kenyataan dikeluarkan KTMB hari ini.
Beliau berkata perkhidmatan KTM Komuter Utara laluan Butterworth ke Padang Rengas ke stesen Ipoh itu, akan membawa impak positif kepada Perak termasuk merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan dalam negeri.
Saarani berkata sinergi antara tiga pihak itu bakal diteruskan, bagi merancakkan industri pelancongan rail tourism terutamanya dalam menjayakan Tahun Melawat Perak 2024, melalui pelbagai perancangan yang giat diatur untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.
Sementara itu, KTMB memaklumkan perjalanan dari stesen Butterworth ke stesen Ipoh mengambil masa selama satu jam 56 minit, dengan kadar tambang dewasa RM12.80 sehala, manakala kadar tambang konsesi bagi kanak-kanak, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU), RM6.40 sehala.
Tren pertama dari stesen Ipoh ke stesen Butterworth bermula 4.40 pagi, manakala dari stesen Butterworth ke stesen Ipoh pada 5.30 pagi, dengan tren terakhir yang beroperasi dari stesen Ipoh pukul 6.35 petang, sementara dari stesen Butterworth 7.10 malam.
Orang ramai boleh mendapatkan tiket secara dalam talian dan merancang perjalanan menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan MyRailtime, yang boleh dimuat turun melalui Appstore, Play Store dan App Gallery.
Untuk pertanyaan lanjut dan berkaitan promosi terkini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari laman media sosial rasmi KTMB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Saarani berkata perkhidmatan KTM Komuter Utara laluan Butterworth ke Padang Rengas ke stesen Ipoh itu, akan membawa impak positif kepada Perak termasuk merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan dalam negeri. - Gambar fail/Bernama

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Pulau Pinang terima penerbangan terus dari sebuah bandar di China suku kedua 2025 - Exco
Pulau Pinang mengalu-alukan laluan penerbangan terus baharu dari sebuah bandar utama di China yang dijangka bermula pada puncak musim perjalanan Minggu Emas Hari Pekerja di China.

Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.

AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.

AirAsia X terbang ke Afrika dengan laluan baharu Kuala Lumpur ke Nairobi
Terdapat permintaan yang tinggi untuk perjalanan di antara ASEAN dan Afrika, terutamanya ke Malaysia.

PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.

Tourism Malaysia yakin sasaran 27.3 juta pelancong asing tahun ini dapat dicapai
Pada tahun lepas lebih 20 juta pelancong asing datang ke Malaysia, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 19.1 juta pelancong.

Loke gesa syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang berkembang di luar pasaran tradisional
Peserta industri diharap giat mencari kesambungan baharu di antara Malaysia dengan wilayah lain selain China, Korea Selatan dan Turki.

Pengecualian visa untuk pelancong China dijangka tingkat pendapatan pelancongan Thailand
Pengecualian visa untuk pelancong China ke Thailand dijangka menjana pendapatan pelancongan sekitar 92.58 hingga 140 bilion baht (100 baht = RM13.08) dalam tempoh lima bulan.

Tambang percuma sehala KTM Komuter Utara dari tiga stesen selama dua hari bermula Sabtu
Saarani berkata, inisiatif itu turut membantu memudahkan urusan harian penduduk di Perak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti dan sebagainya.

TransNusa Indonesia sedia lancar laluan Jakarta-Johor Bahru mulai 7 Sept
PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) dari Indonesia akan memulakan laluan antarabangsa kedua menghubungkan Jakarta ke Johor Bahru mulai 7 Sept.