PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan program Felo Perdana memberi manfaat besar apabila ramai pesertanya berjaya dalam sektor awam, swasta mahupun politik.
"Hasil daripada pendedahan dan program Felo Perdana ini, sebahagiannya berjaya dalam politik dan ada yang jadi menteri.
"Dari segi kerjaya lain pula, saya percaya ramai yang berjaya hingga hari ini," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peserta Felo Perdana Tahun 2021 di sini hari ini.
Program Felo Perdana dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan sejak 2013. Tahun ini merupakan tahun kesembilan pelaksanaannya dan telah mengumpulkan penyertaan lebih 600 anak muda.
Ia merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bagi melatih belia yang berpotensi dengan kemahiran aras tinggi di samping melibatkan mereka secara langsung dengan penggubalan dan pembentukan dasar kerajaan.
Seramai 66 anak muda berprestasi tinggi terpilih sebagai peserta Felo Perdana Tahun 2021 bermula hari ini hingga 31 Dis, yang ditempatkan bersama mentor masing-masing terdiri daripada ahli Jemaah Menteri.
Ismail Sabri dalam pada itu meminta ahli Jemaah Menteri untuk memberi bimbingan kepada peserta Felo Perdana berkaitan aspek pentadbiran kerajaan.
Beliau berkata objektif program Felo Perdana antaranya memberi pendedahan kepada anak muda untuk memahami serta mempelajari bagaimana kementerian-kementerian ditadbir.
Ismail Sabri berkata langkah membawa Felo Perdana ke Parlimen juga memberi pendedahan pembelajaran dan ilmu perundangan kepada peserta.
"Tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih, ramai yang memohon tetapi hanya sebahagian dapat dipilih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021

Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan Felo Perdana kepada ahli jemaah menteri bagi tahun ini di Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.