Polis tidak akan menyiasat rakaman video seorang lelaki yang mendakwa anak kepada lelaki warga Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata video berdurasi 40 saat itu telah diteliti oleh pihaknya selepas ia menjadi tular di laman sosial, berita portal tempatan dan antarabangsa sejak Rabu dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan siasatan.
"Tak perlulah siasat video itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.
Pada Rabu, sebuah rakaman video dimuat naik ke laman Youtube dengan memaparkan seorang lelaki yang menunjukkan pasport diplomatik Korea Utara bagi membuktikan beliau adalah Kim Han Sol dan mendakwa bapanya Kim Jong Nam dibunuh.
Bagaimanapun, muka surat yang menunjukkan maklumat pasport itu secara terperinci telah ditutup secara digital.
Kematian Kim Chol dilaporkan secara meluas di media sebagai Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un.
Difahamkan, rakaman video itu dirakam beberapa hari selepas Kim Chol dibunuh dan dimuat naik oleh kumpulan yang dikenali sebagai Pertahanan Awam Cheollima (CCD) ke laman Youtube.
Kumpulan itu mendakwa telah menyelamatkan beberapa orang anggota keluarga Jong Nam dan mereka berada di bawah perlindungan di satu lokasi yang tidak dimaklumkan.
Jurucakap Perkhidmatan Risikan Nasional Korea Selatan mengesahkan lelaki dalam video itu adalah Han Sol namun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Han Sol, 21, dipercayai seorang graduan Universiti Sciences Po di Paris yang hidup dalam buangan dengan ibu bapanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2017

Video lelaki yang mendakwa dirinya anak kepada Kim Jong Nam ini tular sejak Rabu lalu. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.

Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.

SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.

Pihak-pihak dalam saman fitnah gagal capai penyelesaian dengan Nurul Izzah
Semasa pendengaran rayuan terakhir, mahkamah rayuan meminta pihak-pihak berkenaan cuba menyelesaikan masalah mereka.

Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial
Umum mengetahui kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah komersial dan jenayah berat di Malaysia.

Polis nafi gugur kalimah Allah, Muhammad pada logo PDRM
PDRM telah menetapkan dua garis panduan penggunaan logo pasukan yang berkuat kuasa pada tahun 2014.

RCI Wang Kelian: Henti seketika siasatan atas arahan KPN
Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron berkata, arahan itu diterimanya selepas beliau menghubungi Khalid menerusi panggilan telefon pada 20 Januari 2015.

'Siasatan semula kehilangan Pastor Raymond, Amri selepas ganti IGP' - Tun M
Kerajaan akan membuka semula siasatan berhubung kehilangan Pastor Raymond yang dikaitkan dengan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia PDRM seperti didedah Suhakam, Rabu lalu.

Polis di belakang kehilangan paderi Raymond, Amri - SUHAKAM
Kedua-dua Raymond dan Amri Che Amat disyaki oleh pihak SUHAKAM disasarkan kerana terlibat dalam isu menyentuh agama Islam.

1MDB: 'Belum ada petunjuk, biar SPRM jalankan siasatan dulu' - KPN
Penahanan atau siasatan terhadap mana-mana individu atau pihak baharu akan dibuat berdasarkan petunjuk daripada siasatan ketika ini.