Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis, hari ini diberitahu siasatan kes itu ditangguhkan seketika atas arahan Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron berkata, arahan itu diterimanya selepas beliau menghubungi Khalid menerusi panggilan telefon pada 20 Januari 2015.
Dalam perbualan itu, Zul Aznam berkata beliau memaklumkan mengenai penemuan kem penempatan sementara, penangkapan 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penemuan struktur tanah menyerupai kubur di Bukit Wang Burma oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas tinjauan dan serbuan ke lokasi tersebut pada 19 Januari 2015.
"Selepas diberi taklimat oleh timbalan saya iaitu ACP Md Zukir Md Isa, saya menghubungi Ketua Polis Negara bagi memaklumkan mengenai perkara itu dan Tan Sri Khalid mengatakan 'Hold On' dengan alasan perkara itu memerlukan persediaan dan penelitian lebih teliti.
"Itu perbualan terakhir saya dengan Khalid dan saya beranggapan apabila dimaklumkan kepada Ketua Polis Negara, kes itu akan diberi perhatian oleh Bukit Aman," katanya yang hadir sebagai saksi ke-16 pada prosiding hari kelima itu.
Kepada pertanyaan bolehkah polis mengambil masa untuk mengambil tindakan selepas penempatan itu ditemui, Zul Aznam berpendapat ketiadaan sebarang tindakan dari tarikh 23 Januari hingga awal Mac itu mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kes memberi impak besar kepada negara kerana melibatkan warga asing.
Zul Aznam, 66, yang kini bertugas sebagai pengarah keselamatan di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), berkata siasatan kes itu 'hidup semula' apabila diberitahu pasukan komando polis VAT 69 akan memasuki kawasan hutan Wang Kelian bagi melakukan tinjauan lanjut.
"Keadaan tanpa tindakan itu berlarutan agak lama sehinggalah pada 5 Mac 2015, satu sesi taklimat yang menjurus kepada kem penempatan, lokasi dan bentuk muka bumi hutan dibuat kepada pasukan VAT 69.
"Apabila keputusan menghantar VAT 69 dibuat, ia adalah satu tindakan awal bagi menerokai seluruh kawasan itu bagi tujuan analisa keselamatan dan melakukan pemetaan untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, penglibatannya dalam siasatan kes itu terhenti setakat sesi taklimat tersebut dan maklumat rasmi hasil operasi tidak lagi dimaklumkan kepadanya tetapi beliau difahamkan terdapat tangkapan dibuat dalam operasi itu.
Dalam pada itu, Zul Aznam mempertahankan tindakan timbalannya ACP (B) Md Zukir Md Isa yang mengarahkan siasatan lanjut dibuat ke atas struktur tanah menyerupai kubur yang ditemui di kawasan penempatan serta memusnahkan khemah di penempatan itu.
Katanya, arahan memusnahkan khemah itu adalah berpandukan kepada taklimat oleh Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Rizani Che Ismail kepada Md Zukir bahawa kes penahanan pendatang asing itu telah diserahkan kepada pihak Imigresen kerana tidak melibatkan penangkapan tekong.
"Saya setuju dengan arahan itu kerana kita perlu musnahkan sebahagian khemah supaya tidak boleh diduduki oleh pendatang asing di masa akan datang, bukannya memusnahkan keseluruhan struktur penempatan yang boleh menghilangkan bukti," katanya.
Prosiding bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019

Zul Aznam (gambar) mempertahankan tindakan timbalannya yang mengarahkan siasatan lanjut dibuat ke atas struktur tanah menyerupai kubur yang ditemui di kawasan penempatan serta memusnahkan khemah di penempatan itu. Astro AWANI

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.

Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.

Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.

Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.

Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.

147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.