Polis masih belum dapat menentukan bila bekas guru tadika M Indira Gandhi akan dapat disatukan dengan anak perempuannya Prasana Diksa, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.
Huzir yang mengetuai pasukan khas untuk mengesan bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah dan anak perempuan mereka itu, berkata demikian kepada Bernama semasa ditanya mengenai berita yang menyatakan wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
"Beliau yang memberikan sasaran sehingga Deepavali, (tetapi) kami tidak memberikan sasaran itu kepadanya. Kami telah mengadakan perjumpaan dengannya (Indira) dan beliau berpuas hati, jadi kami akan berusaha menyelesaikan isu ini," katanya.
Awal semalam, Indira, peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal dan Datuk Ambiga Sreenevasan, serta Pengerusi Pasukan Bertindak Indira Gandhi (Ingat) Arun Dorasamy tiba di ibu pejabat polis persekutuan itu untuk mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Bagaimanapun, Indira kemudiannya memaklumkan kepada pemberita yang Abdul Hamid tidak hadir pada perjumpaan itu kerana perlu menghadiri mesyuarat penting di lokasi lain dan diwakili Huzir.
Wanita itu berkata mesyuarat itu berhasil dan mereka bersedia bekerjasama dengan polis berhubung perkara itu.
"Kami dimaklumkan pasukan khas itu telah ditangguhkan disebabkan pandemik COVID-19 dan kami faham ... mereka (polis) turut memaklumkan kepada kami dapatan dan cabaran dihadapi pasukan khas itu setakat ini.
"Kami berharap kami dapat bekerjasama dengan polis, mengadakan lebih banyak perjumpaan untuk bertukar-tukar maklumat dan seterusnya dapat bersatu dengan anak saya, diharapkan menjelang Deepavali (13 Nov) tahun ini," katanya.
BACA: Muhammad Ridhuan Abdullah masih dalam negara - Polis
BACA: Gagal serah anak: PDRM masih berusaha mengesan Muhammad Riduan
Indira juga berkata Prasana akan berusia 12 tahun pada tahun ini dan memerlukan bimbingan dan penjagaan seorang ibu untuk memasuki alam remaja.
Muhammad Riduan melarikan diri dengan anaknya Prasana pada 2009 ketika dia berumur 11 bulan, selepas memeluk agama Islam.
BACA: Henti spekulasi kes Muhammad Riduan, M. Indira Gandhi - KPN
BACA: Muhyiddin nafi dakwaan nombor MyKid Prasana ditukar JPN
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap Muhammad Riduan dan memastikannya mematuhi perintah mandamus dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh dua tahun sebelum itu untuk menyerahkan Prasana kepada ibunya.
Pada Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak Indira termasuk Prasana adalah terbatal dan tidak sah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020

Indira bersama peguam dan Arun Dorasamy tiba di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Negara pada Khamis, 3 Sept, 2020. --fotoBERNAMA

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.

Kenyataan Ambiga hiperbola, tidak berpijak di bumi nyata - Fahmi
Kenyataan Ambiga yang mendakwa Kerajaan Perpaduan adalah 'kerajaan diktator' disifatkan sebagai kenyataan hiperbola dan tidak berpijak di bumi nyata.

Pengampunan Najib: Ambiga gesa PH diam, berhenti cakap mengenai perjuangan lawan rasuah
Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa Pakatan Harapan (PH) untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan pengumuman Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik.

Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.

Penubuhan majlis musyawarah sementara penting untuk negara - Ambiga
Ambiga menyeru agar semua pihak agar dapat bersama membantu usaha ini dan melakukan yang terbaik demi negara.

Keputusan mengenai 18 belia cabar penangguhan laksana Undi 18 pada 17 Jun
Anak muda yang mewakili gerakan Undi 18 itu memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan Perdana Menteri, kerajaan serta SPR selaku responden.

Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah
Muda yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan.

Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.

'Jangan adakan pilihan raya kerana ia libatkan kos yang tinggi!' - Ambiga
Menurut bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, sentimen rakyat terhadap keperluan untuk mengadakan pilihan raya perlu diambil kira.

PRK Port Dickson: Menang mudah atau mungkin kalah? Ini apa kita boleh jangka
Selepas dua dekad berjuang untuk duduk di kerusi perdana menteri, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin hampir dengan hasratnya itu.