SHAH ALAM: Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kumpulan tersebut berkata, langkah tersebut perlu dilakukan segera kerana laporan berkenaan yang dimulakan semasa di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah disiapkan sejak empat tahun lalu.
“Semakin hebat sokongan orang ramai, semakin mudah kerajaan untuk menghadapi golongan sinis yang percaya reformasi institusi adalah konspirasi Barat dan Yahudi untuk melemahkan kuasa Melayu dan Islam dalam mentadbir negara.
“Cara terbaik untuk menangani perkara negatif tersebut adalah dengan menerbitkan laporan IRC untuk orang ramai melihat sendiri cadangan tersebut,” kata kenyataan itu.
Sebagai antara pihak yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut, G25 berkata, IRC telah mendengar pandangan pelbagai kumpulan masyarakat sivil berkenaan usaha pengukuhan sistem tadbir urus dan kedaulatan undang-undang.
Menurut kenyataan itu, semasa proses libat urus, kumpulan berkenaan menyentuh empat perkara iaitu berkaitan jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC); meningkatkan keyakinan ekonomi di Malaysia; pembiayaan politik; dan pentadbiran hal membabitkan agama Islam di Malaysia.
Antara individu terlibat ialah salah seorang ahli G25 yang juga bekas Timbalan Penggubal Parlimen, Datuk Seri Hishamudin Yunus yang membentangkan mengenai PSC dan ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez berkaitan pendanaan politik.
“Terdapat cadangan lain daripada kumpulan kami kerana Malaysia memerlukan pembaharuan dalam banyak aspek tadbir urus institusi untuk menjadikan negara ini sebuah negara demokrasi yang lebih baik tanpa skandal yang memalukan rakyat,” kata kenyataan itu lagi.
Pada Rabu, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa agar laporan pada 2018 oleh IRC yang ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), dapat dikeluarkan.
Ambiga berkata jawatankuasa itu membuat banyak cadangan mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Akta Hasutan, Sosma, salah laku polis, hukuman mati dan perkara lain. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 27 2023

Kenyataan akhbar oleh G25 pada Jumaat. - Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.

G25 perlu jelaskan laporan JAKIM, MKI tidak ikut perlembagaan - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata dakwaan beliau tidak mempertahankan isu berkaitan islam sepatutnya tidak timbul.