Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah memohon kebenarannya semasa berkhidmat sebagai Peguam Negara untuk melakukan pemintasan perbualan telefon membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2016.
Mohamed Apandi, 70, yang merupakan Peguam Negara (AG) dari 2015 hingga 2018, menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-89 perbicaraan kes Najib atas dakwaan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.
Muhammad Shafee: Berdasarkan Seksyen 23 Akta SPRM 2009, sepanjang tempoh anda sebagai AG, adakah SPRM datang kepada anda untuk mendapatkan kebenaran bagi melakukan pemintasan sah?
Mohamed Apandi: Jawapannya tidak, tidak pernah. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai dakwaan rakaman perbualan telefon berkenaan.
Muhammad Shafee: Jadi (pemintasan perbualan telefon itu) tidak pernah dilakukan dengan kebenaran anda?
Mohamed Apandi: Ya.
Terdahulu, Muhammad Shafee telah menyoal bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya mengenai sembilan rakaman audio berkaitan 1MDB yang didedahkan oleh SPRM pada sidang media pada 8 Jan tahun ini.
Rakaman audio yang kononnya melibatkan bekas perdana menteri dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu berprofil tinggi.
Muhammad Shafee kemudian menyoal saksi pembelaan ke-14 itu mengenai kenyataan media berhubung perkembangan siasatan 1MDB yang dikeluarkan pada 18 Jan 2016.
Muhammad Shafee: Apakah perkara menyeluruh yang anda nyatakan dalam kenyataan media itu?
Mohamed Apandi: Dalam kes SRC International Sdn Bhd, ia menyentuh mengenai jaminan kerajaan mengenai pinjaman RM4 bilion kepada SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). Selepas meneliti kertas (siasatan), saya berpuas hati bahawa kelulusan pinjaman daripada KWAP dilakukan dengan betul.
Beliau berkata bagi kes RM2.6 bilion (1MDB), beliau juga berpuas hati bahawa wang tersebut daripada keluarga diraja Arab Saudi, selepas melihat kertas dan fakta yang dibentangkan dalam kertas siasatan.
"Saya mendapati tiada bukti untuk menunjukkan bahawa perdana menteri (PM) ketika itu, telah melakukan sebarang kesalahan atau melakukan apa-apa amalan rasuah. Berdasarkan fakta dan bukti pada masa itu, saya berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh PM," katanya dan menambah SPRM sendiri mengakui PM tidak melakukan amalan rasuah pada waktu itu.
Apabila ditanya oleh ketua pendakwaan Datuk V. Sithambaram sama ada beliau yang mencadangkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Dzulkifli untuk menutup fail siasatan 1MDB dan SRC International, saksi menafikannya.
Bekas hakim Mahkamah Tinggi itu juga menafikan sebarang penglibatan, cubaan untuk menutupi kesalahan Najib, semasa disoal dalam pemeriksaan semula oleh Muhammad Shafee.
"Tidak, saya tidak pernah memberi sebarang arahan untuk menutupi kes ini," katanya.
Mahkamah juga mendengar bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed (ketika itu) telah mencadangkan kepada pasukan petugas khas 1MDB supaya Najib didakwa berhubung kes dana RM42 juta milik SRC International dalam satu mesyuarat pada 4 Julai 2015.
Seorang lagi saksi pembelaan ke-15, ACP R. Rajagopal dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman (CCID) berkata beliau mewakili bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesyuarat pasukan petugas khas 1MDB pelbagai agensi pada 4 Julai 2015. Pasukan petugas itu terdiri daripada polis, Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara.
Muhammad Shafee: Adakah pasukan petugas khas itu menerima cadangan Abu Kassim untuk mendakwa Najib?
Rajagopal: Tidak.
Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020

MOHAMED APANDI: Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai dakwaan rakaman perbualan telefon berkenaan. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

'Najib perlu heret Jho Low ke mahkamah jika mahu bersih nama'
Datuk Seri Najib Razak perlu mengheret Jho Low ke mahkamah jika ikhlas mahu membersihkan namanya daripada tuduhan skandal 1MDB, kata Anggota Jawatankuasa Amanah Nasional, Faiz Fadzil.

SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.

Junta Thai dituduh lindungi salah laku 1MDB
Parti Future Forward berkata, kerajaan tentera telah bekerjasama dengan kerajaan BN untuk menahan pemberi maklumat dalam kes 1MDB pada 2015 dan membenarkan penjenayah kewangan beroperasi di Thailand.

SPRM mohon Interpol tangkap Jho Low
SPRM telah memaklumkan kepada Interpol mohon waran tangkap dikeluarkan terhadap dalang utama 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low.