Parti pembangkang Thailand yang baharu diharamkan mendakwa bekas pentadbiran tentera junta membantu melindungi kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai berbilion dollar.
Sehubungan itu, Parti Future Forward menggesa rakyat Thailand supaya menuntut kebenaran menjelang perbahasan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha di Parlimen pada Isnin.
Jurucakap parti Pannika Wanich berkata, kerajaan tentera telah bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menahan pemberi maklumat dalam kes 1MDB pada 2015 dan membenarkan penjenayah kewangan beroperasi di Thailand.
"Kerajaan junta inginkan penerimaan antarabangsa selepas merampas kuasa… dan membentuk satu perikatan gelap dengan Malaysia.
"Satu-satunya orang yang boleh mengeluarkan arahan tersebut ialah Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha," kata Pannika pada satu sidang media pada Ahad.
Pannika juga menyebut mengenai percanggahan melibatkan penangkapan pemberi maklumat warga Switzerland, Xavier Justo, yang ditangkap di Thailand pada 2015 sebagai pemberi maklumat pertama berhubung skandal 1MDB.
Katanya, kerajaan Thailand pada ketika itu juga melindungi dalang utama skandal 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low, dan membenarkannya memasuki negara tersebut sekurang-kurangnya lima kali antara Oktober 2016 dan Mei 2018, walaupun notis merah Interpol dikeluarkan Singapura.
Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat sudah melancarkan siasatan berhubung kes pengubahan wang haram, salah tadbir kewangan dan jenayah dalam urus niaga 1MDB.
"Sekiranya kami dalam kerajaan, kami akan menyiasat. Kami mahukan kerajaan yang merupakan jiran yang bertanggungjawab dan bertindak dengan bermaruah," ujar Pannika.
Bagaimanapun, kerajaan Thailand menerusi jurucakapnya, Narumon Pinyosinwat menafikan sebarang penglibatan.
"Tuduhan-tuduhan tersebut tidak benar… dan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap sebarang kenyataan palsu yang dibuat,” kata Narumon.
Future Forward, parti ketiga terbesar di Parlimen Thailand, dibubarkan pada Jumaat lalu oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand, berhubung pinjaman daripada pengasasnya, yang merupakan seorang jutawan.
Pembubaran berkenaan disifatkan sebagai cara melemahkan pihak pembangkang yang menentang kerajaan Prayuth yang memegang kuasa pemerintahan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2014 dan memimpin sebuah kerajaan tentera junta sehingga selepas pilihan raya tahun lalu yang dimenangi parti pro-tenteranya.
Isabelle Leong
Sun Feb 23 2020
Parti Future Forward berkata kerajaan Thailand melindungi dalang utama skandal 1MDB, Jho Low dan membenarkannya memasuki negara tersebut sekurang-kurangnya lima kali antara Oktober 2016 dan Mei 2018. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
'Najib perlu heret Jho Low ke mahkamah jika mahu bersih nama'
Datuk Seri Najib Razak perlu mengheret Jho Low ke mahkamah jika ikhlas mahu membersihkan namanya daripada tuduhan skandal 1MDB, kata Anggota Jawatankuasa Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Junta Thai dituduh lindungi salah laku 1MDB
Parti Future Forward berkata, kerajaan tentera telah bekerjasama dengan kerajaan BN untuk menahan pemberi maklumat dalam kes 1MDB pada 2015 dan membenarkan penjenayah kewangan beroperasi di Thailand.
SPRM mohon Interpol tangkap Jho Low
SPRM telah memaklumkan kepada Interpol mohon waran tangkap dikeluarkan terhadap dalang utama 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low.