PHNOM PENH: Raja Kemboja, Norodom Sihamoni pada Isnin melantik Hun Manet sebagai perdana menteri negara itu yang baharu selepas penyandang, Samdech Techo Hun Sen mengumumkan beliau meletak jawatan.
Raja menandatangani dekri diraja untuk melantik Hun Manet, 45, sebagai PM baharu untuk kerajaan selama lima tahun berikutan permintaan daripada Hun Sen.
"Perdana Menteri Kerajaan Kemboja yang dilantik mempunyai tugas untuk mempersiapkan anggota Kabinet dalam rangka meminta pengesahan daripada Dewan Negara," kata Sihamoni dalam dekri diraja.
"Dekri diraja berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani."
Hun Manet, bersama anggota Kabinet baharunya, perlu memenangi undi percaya di Dewan Negara yang dijadualkan pada 22 Ogos untuk secara rasmi menjadi PM baharu dan beliau dijangka mengangkat sumpah pada hari yang sama.
Pelantikan itu dibuat selepas Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum 23 Julai, memperoleh 120 daripada 125 kerusi di Dewan Negara.
Hun Manet ketika ini merupakan ahli Jawatankuasa Tetap CPP dan Timbalan Ketua Komander Angkatan Tentera Diraja Kemboja.
Hun Sen mengumumkan pada 26 Julai bahawa beliau akan berundur sebagai PM selepas memegang jawatan itu selama lebih 38 tahun, menyerahkan tugas pemerintahan kepada anak sulungnya, Hun Manet.
Namun, pemimpin berusia 71 tahun itu berkata, beliau mengekalkan jawatannya sebagai Presiden CPP dan akan mengambil jawatan Presiden Senat dalam pilihan raya Senat pada 25 Februari tahun depan. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
![Raja Kemboja lantik anak Hun Sen sebagai PM baharu Raja Kemboja lantik anak Hun Sen sebagai PM baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691382795_HunManet.jpg)
Raja Kemboja, Norodom Sihamoni pada Isnin melantik Hun Manet (gambar) sebagai Perdana Menteri negara itu. - Gambar REUTERS
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
![Perdana Menteri Kemboja tiba untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia Perdana Menteri Kemboja tiba untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709003024_TBPMKembojajpg.jpg)
Perdana Menteri Kemboja tiba untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia
Pesawat khas yang membawa Hun Manet dan delegasinya mendarat pada 9.30 pagi ini di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
![Raja Kemboja lantik anak Hun Sen sebagai PM baharu Raja Kemboja lantik anak Hun Sen sebagai PM baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691382795_HunManet.jpg)
Raja Kemboja lantik anak Hun Sen sebagai PM baharu
Raja Kemboja lantik Hun Manet sebagai Perdana Menteri selepas penyandang, Samdech Techo Hun Sen mengumumkan peletakan jawatan.
![PM Kemboja positif COVID-19 selepas anjur Sidang Kemuncak ASEAN PM Kemboja positif COVID-19 selepas anjur Sidang Kemuncak ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668480097_GCambodia.jpg)
PM Kemboja positif COVID-19 selepas anjur Sidang Kemuncak ASEAN
Pemimpin Kemboja telah diuji positif pada malam Isnin dan ujian itu telah disahkan oleh pasukan perubatan Indonesia.
![PM Kemboja arah banteras semua jenis perjudian haram PM Kemboja arah banteras semua jenis perjudian haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663431385_TBHUNSEN.jpg)
PM Kemboja arah banteras semua jenis perjudian haram
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen mengarahkan pihak berkuasa bertindak lebih tegas bagi membanteras semua jenis perjudian haram, termasuk loteri, sabung ayam dan poker.
![Pilihan raya umum Kemboja dijadual berlangsung 23 Julai 2023 Pilihan raya umum Kemboja dijadual berlangsung 23 Julai 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654554847_HunSen.jpg)
Pilihan raya umum Kemboja dijadual berlangsung 23 Julai 2023
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Rabu menandatangani keputusan menetapkan 23 Julai 2023 sebagai tarikh pilihan raya umum ketujuh.
![Myanmar isytihar gencatan senjata Myanmar isytihar gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51627799268_MinAungHlaing.jpg)
Myanmar isytihar gencatan senjata
Jeneral Min Aung Hlaing, pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar yang memerintah, mengisytiharkan gencatan senjata.