SEPANG: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi selama sehari atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesawat khas yang membawa Hun Manet dan delegasinya mendarat pada 9.30 pagi ini di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan beliau disambut Menteri Digital Gobind Singh Deo, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim dan Duta Besar Kemboja ke Malaysia Ouk Chandara.
Hun Manet kemudian memeriksa kawalan kehormatan setempat terdiri daripada dua pegawai dan 25 anggota dari Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Kapten Khairul Fakhzan Zainul Abidin dan Leftenan Muhammad Ariff Mohamad Sholeh.
Semasa lawatan sulungnya itu ke negara ini, Hun Manet yang dilantik pada Ogos 2023 bagi menggantikan bapanya Hun Sen, akan menerima sambutan rasmi yang dihadiri Anwar dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwar dan menyaksikan pertukaran memorandum (MoU) dalam bidang kewangan inovatif dan perkhidmatan pembayaran antara Bank Negara Malaysia dan Bank Kebangsaan Kemboja serta menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Anwar bagi meraikan Hun Manet.
Hun Manet turut dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Johari Abdul.
Acara lawatan rasmi Hun Manet akan diakhiri dengan Forum Perniagaan Malaysia-Kemboja, yang merupakan anjuran Dewan Perniagaan Kemboja dan Majlis Perniagaan Malaysia di Kemboja.
Pada Mac 2023, Anwar telah mengadakan lawatan rasmi dan sulungnya ke Kemboja atas undangan perdana menteri ketika itu, Hun Sen.
Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena lawatan Hun Manet memaklumkan antara perkara yang akan dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin itu ialah kemajuan hubungan dua hala; kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan; pertanian dan komoditi; industri halal; tenaga; keselamatan; komunikasi maklumat serta peranan Malaysia dalam pembangunan sosioekonomi komuniti Muslim di Kemboja.
Menurut Wisma Putra, lawatan itu akan memberi nilai tambah ke arah pengukuhan hubungan Malaysia-Kemboja dalam konteks dua hala serta kerjasama serantau ASEAN.
Kemboja merupakan antara negara terawal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 serta menjalinkan kerjasama dalam pelbagai sektor antaranya perdagangan, pelaburan, pendidikan dan peluang pekerjaan.
Pada 2023, Kemboja merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di rantau ASEAN.
Nilai dagangan dua hala Malaysia-Kemboja direkodkan sebanyak RM3.02 bilion dengan eksport Malaysia ke Kemboja bernilai RM2.35 bilion, iaitu peningkatan 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pelbagai syarikat Malaysia juga telah melaksanakan 162 projek di Kemboja dengan nilai pelaburan berjumlah RM14.4 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Ketibaan Hun Manet disambut Menteri Digital Gobind Singh Deo, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim dan Duta Besar Kemboja ke Malaysia Ouk Chandara. --fotoBERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
Pakistan, Malaysia komited kukuhkan perkongsian manfaat bersama – PM Anwar
Malaysia dan Pakistan menyatakan komitmen untuk mengukuhkan perkongsian bermanfaat bersama termasuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala.
Agong lawat pusat penyelidikan pesawat COMAC di Beijing
Sultan Ibrahim meluangkan masa lebih sejam di pusat berkenaan dan turut berkesempatan mencuba simulator penerbangan yang disediakan.
Agong lawat China, lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia-China
Lawatan Seri Paduka Baginda tersebut merupakan lembaran baharu dalam memperkukuh persahabatan erat antara Malaysia dan negara Tembok Besar itu.
PM Anwar hadir majlis makan malam bersama kepimpinan kerajaan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam ini.
PM Anwar adakan lawatan dua hari ke Sabah
Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour.
Anwar tiba di Vladivostok, bakal beri ucaptama di Forum Ekonomi Timur
Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok jam 6.30 pagi waktu Malaysia.
PM New Zealand Luxon berlepas pulang
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon malam ini berlepas pulang, selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.