KUALA LUMPUR: Bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia tahun ini, ikon menarik terutamanya bangunan dan jambatan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya akan disinari limpahan cahaya lampu yang bertemakan empat warna Jalur Gemilang hingga 16 Sept depan.
Pengarah Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) Norzita Abdul Razak dalam kenyataan berkata, program Pencahayaan Malam PPj yang bermula sejak 1 Ogos lepas memaparkan semangat perayaan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Beliau berkata, pencahayaan di bangunan kerajaan dan komersial itu akan berlangsung dari 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum.
"Pencahayaan fasad bangunan di Putrajaya ini melibatkan tiga kategori iaitu lampu LED, pencahayaan warm white (lampu kuning) dan pencahayaan dalaman," katanya.
Menurut Norzita, lampu LED berkonsepkan Jalur Gemilang dinyalakan di Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Hotel Zenith, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, dan pancuran air di Presint 1.
Pencahayaan lampu kuning pada fasad bangunan pula melibatkan semua bangunan kerajaan, komersial dan struktur di Putrajaya, katanya.
Beliau berkata, pencahayaan dalaman (internal lighting) berkonsepkan 'lantern' melibatkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).
Mengenai pemasangan Jalur Gemilang, Norzita berkata, PPj sudah mula mamasang sebanyak 4,400 Jalur Gemilang di tiang-tiang lampu, taman-taman awam serta premis milik PPj seperti kompleks kejiranan, medan selera, dewan dan perpustakaan sejak 15 Julai.
Menurut Norzita, sebanyak 11,200 Jalur Gemilang telah diserahkan kepada enam sub zon Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya (MPPWP Putrajaya), 70 persatuan penduduk dan 27 sekolah di Putrajaya, pada bulan lepas.
Pada 30 Julai, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 dengan menyertai 15,000 Keluarga Malaysia dalam program "Berjalan Teguh Bersama" sejauh 2.7 kilometer di Putrajaya.
Sambutan Hari Kebangsaan secara fizikal pada 31 Ogos ini yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka ibu negara, pastinya dinanti-nantikan ramai selepas dua tahun tidak diadakan ekoran pandemik COVID-19. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Program Pencahayaan Malam PPj yang bermula sejak 1 Ogos lepas memaparkan semangat perayaan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. - Gambar BERNAMA
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Kerajaan Negeri diminta pelihara kubu perang di Kelantan
Kerajaan Kelantan dan pihak berkaitan diminta memelihara khazanah sejarah kubu perang tinggalan British di tepi tebing Sungai Kelantan.
Aceh berterima kasih kepada dunia
Aceh berterima kasih dan menghulurkan tangan penghargaan kepada warga global dan penderma yang bermurah hati membantu dalam proses pembangunan semula wilayah itu pasca gempa dan tsunami 2004.
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.
Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.
Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.
Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.
Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.