Hasil siasatan punca pencemaran air mentah di loji rawatan air Sungai Semenyih hanya akan diketahui seawal minggu depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, makmal kimia perlu mengambil masa dua minggu untuk mengkaji punca pencemaran bermula hari penutupan loji pada 23 September lalu.
"Kita belum lagi jumpa punca bau itu, pihak loji sudah ambil sampel untuk dianalisa sama ada air tercemar atau tidak, sejauh mana, ada sudut bau kerana bacaannya sampai ke peringkat lapan.
"Sekarang sudah turun ke peringkat tiga. Masih belum dapat punca bau itu. Penyelidikan juga sudah dibuat di 226 premis dan tidak ada satu yang dikesan mengalirkan air ke sungai," katanya.
Wan Junaidi berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurus Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tahun 2016 di sini, hari ini.
Sebelum ini Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup semula pada 23 September lepas akibat pengesanan pencemaran di Sungai Semenyih.
Jelas Syabas, siasatan awal menuding kepada satu punca pencemaran daripada Sungai Lalang di kawasan Hitech Semenyih.
Sampel air daripada tersebut kawasan sedang diuji dalam makmal untuk mengenal pasti kandungan bahan cemar.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili sebelum ini memberitahu, pelaku di sebalik pencemaran air yang mengakibatkan penutupan loji rawatan air Semenyih dan gangguan air di Selangor perlu dihukum.
Tegasnya, pihak berkuasa masih menyiasat sumber pencemaran itu, dan menambah, ia mungkin berpunca daripada sektor perindustrian berhampiran.
Dalam pada itu kata Wan Junaidi, JPS telah menggubal lima teras strategik dalam Pelan Strategik Jabatan sebagai usaha menerajui pengurusan sumber air negara.
"Antaranya merealisasikan pengurusan lembangan sungai secara bersepadu, memperkukuhkan pengurusan dan pembangunan zon pantai serta muara sungai dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Garis Pantai Bersepadu.
"Selain itu JPS juga akan melaksanakan program pemantauan dan ramalan air pasang surut selain memperkasakan dasar dan perundangan melalui rancangan penggubalan Rang Undang-undang Sumber Air Negara," katanya.
Wan Syamsul Amly
Thu Sep 29 2016

Sampel air daripada tersebut kawasan sedang diuji dalam makmal untuk mengenal pasti kandungan bahan cemar. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Sungai Semenyih tercemar lagi, lebih 328,000 pengguna berdepan gangguan bekalan air
Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya hari ini ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Polis terima laporan berhubung pencemaran Sungai Buah
Laporan tersebut melibatkan kes kemalangan lori tangki yang membawa muatan minyak sawit di kawasan tersebut serta dakwaan sabotaj yang dilakukan pihak tertentu.

Siasatan menyeluruh punca Sungai Buah tercemar - Wan Junaidi
Beliau telah mengarahkan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melakukan siasatan bersama kerajaan negeri Selangor.

'Punca pencemaran Sungai Semenyih diketahui minggu depan' - Wan Junaidi
Hasil siasatan punca pencemaran air mentah di loji rawatan air Sungai Semenyih hanya akan diketahui seawal minggu depan.