Siasatan bersepadu akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca pencemaran di Sungai Buah yang mengalir ke Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata beliau telah mengarahkan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melakukan siasatan bersama kerajaan negeri Selangor.
"Kita mesti mengenal pasti dan menyaman pihak bertanggungjawab. Kita perlu menggunakan undang-undang yang ada seperti Ordinan Kerajaan Tempatan, undang-undang dan peraturan JAS serta hukuman berat bagi kesalahan seperti ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Junaidi percaya pencemaran itu tidak dilakukan secara sengaja kerana ia berterusan antara dua hingga tiga hari lalu.
"Sama ada orang atau pemilik kilang yang cuai, jahil atau tidak prihatin tentang kesan pembuangan air buangan ke dalam sungai, kita akan menyiasat hingga ke akar umbi.
"Tapi saya mesti tekankan di sini, kita hanya akan menyiasat dan kemudian merujuk hasil siasatan kita kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pendakwaan," katanya.
Beliau juga berkata beliau telah menerima pelbagai laporan bahawa pencemaran dikatakan berpunca daripada hasil buangan sisa dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
![Siasatan menyeluruh punca Sungai Buah tercemar - Wan Junaidi Siasatan menyeluruh punca Sungai Buah tercemar - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476359400_DrWanJunaidi.jpg)
Wan Junaidi percaya pencemaran itu tidak dilakukan secara sengaja kerana ia berterusan antara dua hingga tiga hari lalu. - fotoBERNAMA / Fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![PRN Johor: Kemenangan BN bukti rakyat mahu pemimpin bijak - Wan Junaidi PRN Johor: Kemenangan BN bukti rakyat mahu pemimpin bijak - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647153552_TBwanjunaidi.jpg)
PRN Johor: Kemenangan BN bukti rakyat mahu pemimpin bijak - Wan Junaidi
Kemenangan BN dalam PRN Johor bukti pentadbiran PH sebelum ini gagal membalas kepercayaan dan harapan rakyat dan kesudahannya tersungkur di tangan rakyat.
![Bank bergerak akan diperluas di luar bandar Sarawak Bank bergerak akan diperluas di luar bandar Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592046311_DrWanJunaidi.jpg)
Bank bergerak akan diperluas di luar bandar Sarawak
Separuh daripada dana untuk pembelian bas bagi bank bergerak itu akan disumbangkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
![PRABN tingkat kebolehan amaran banjir sehingga 2 hari lebih awal - Wan Junaidi PRABN tingkat kebolehan amaran banjir sehingga 2 hari lebih awal - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51514369036_DrWanJunaidiTuank.jpg)
PRABN tingkat kebolehan amaran banjir sehingga 2 hari lebih awal - Wan Junaidi
Penubuhan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) bakal mengukuhkan sistem ramalan banjir dengan meningkatkan tempoh amaran sehingga dua hari lebih awal.
![ADUN Pujut: Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis - Wan Junaidi ADUN Pujut: Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61464531629_DrWanJunaidiTuank.jpg)
ADUN Pujut: Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis - Wan Junaidi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Ting boleh membawa keputusan tersebut ke mahkamah.
![Sindiket jual beli hidupan liar bernilai puluhan ribu ringgit ditumpaskan Sindiket jual beli hidupan liar bernilai puluhan ribu ringgit ditumpaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71491028477_hidupanliar.jpg)
Sindiket jual beli hidupan liar bernilai puluhan ribu ringgit ditumpaskan
Jabatan Perhilitan berjaya menumpaskan beberapa sindiket melibatkan 11 individu yang menjalankan perniagaan jual beli hidupan liar atas talian termasuk memburu hidupan liar tanpa lesen.
![Perlu kajian saintifik bagi larangan kapcai ke pusat bandar - Wan Junaidi Perlu kajian saintifik bagi larangan kapcai ke pusat bandar - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61464531629_DrWanJunaidiTuank.jpg)
Perlu kajian saintifik bagi larangan kapcai ke pusat bandar - Wan Junaidi
Kajian saintifik perlu dibuat sebelum keputusan untuk melarang kemasukan motosikal kapcai ke pusat bandar.
![Kesan aktiviti penambakan laut Pulau Pinang dikaji - Wan Junaidi Kesan aktiviti penambakan laut Pulau Pinang dikaji - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476359400_DrWanJunaidi.jpg)
Kesan aktiviti penambakan laut Pulau Pinang dikaji - Wan Junaidi
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan jabatan dan agensi berkaitan untuk mengkaji kesan aktiviti penambakan laut di Pulau Pinang.
![Siasatan menyeluruh punca Sungai Buah tercemar - Wan Junaidi Siasatan menyeluruh punca Sungai Buah tercemar - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476359400_DrWanJunaidi.jpg)
Siasatan menyeluruh punca Sungai Buah tercemar - Wan Junaidi
Beliau telah mengarahkan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melakukan siasatan bersama kerajaan negeri Selangor.