Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan jabatan dan agensi berkaitan untuk mengkaji kesan aktiviti penambakan laut di Pulau Pinang.
Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jabatan yang terlibat dengan arahan itu adalah Jabatan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Taman Laut Malaysia.
"Ia merupakan isu yang perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana aktiviti penambakan laut boleh memberi kesan serius kepada alam sekitar yang merangkumi kawasan bakau, pembiakan ikan, pendaratan penyu dan sebagainya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Wan Junaidi berharap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalulintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang Chow Kon Yeow dapat berhubung terus dengannya mengenai isu itu demi kebaikan rakyat Pulau Pinang.
"Sekalipun Penilaian Alam Sekitar (EIA) masih belum dilaksanakan namun, isu itu perlu diberi perhatian serius," katanya.
Menurut laporan media, projek tambakan laut itu meliputi kawasan seluas 809.73 hektar di Permatang Damar Laut dan pembinaan tiga pulau buatan dikhuatiri merosakkan ekosistem sekali gus menjejaskan sumber pendapatan 1,700 nelayan di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
WAN JUNAIDI: Jabatan berkaitan diarah untuk mengkaji kesan aktiviti penambakan laut di Pulau Pinang. - Gambar fail
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.
AWANI 7:45 [12/2/2025] – Sukar batalkan anak syarikat| Kenapa lantikan?| Enggan serah Gaza| Rasuah dan pengubahan wang haram
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
1. Larangan tubuh syarikat, ribuan syarikat agensi kerajaan rugi besar
2. Lantik tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan, tidak rugikan kerajaan
3. Biar kami mati, Gaza tetap bersama kami
4. Kenapa Ops Sky? Sebabnya terlalu mudah melangit dapatkan kelulusan, laporan eksklusif bersama Tan Sri Azam Baki
1. Larangan tubuh syarikat, ribuan syarikat agensi kerajaan rugi besar
2. Lantik tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan, tidak rugikan kerajaan
3. Biar kami mati, Gaza tetap bersama kami
4. Kenapa Ops Sky? Sebabnya terlalu mudah melangit dapatkan kelulusan, laporan eksklusif bersama Tan Sri Azam Baki
AWANI Ringkas: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akta Kontrak: Jawatankuasa semakan diberi 18 bulan laksana kajian menyeluruh
Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Kontrak diberikan tempoh 18 bulan untuk melaksanakan semakan dan kajian menyeluruh terhadap Akta Kontrak 1950 (Akta 136).
PRN Johor: Kemenangan BN bukti rakyat mahu pemimpin bijak - Wan Junaidi
Kemenangan BN dalam PRN Johor bukti pentadbiran PH sebelum ini gagal membalas kepercayaan dan harapan rakyat dan kesudahannya tersungkur di tangan rakyat.
Bank bergerak akan diperluas di luar bandar Sarawak
Separuh daripada dana untuk pembelian bas bagi bank bergerak itu akan disumbangkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
PRABN tingkat kebolehan amaran banjir sehingga 2 hari lebih awal - Wan Junaidi
Penubuhan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) bakal mengukuhkan sistem ramalan banjir dengan meningkatkan tempoh amaran sehingga dua hari lebih awal.
ADUN Pujut: Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis - Wan Junaidi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Ting boleh membawa keputusan tersebut ke mahkamah.
Sindiket jual beli hidupan liar bernilai puluhan ribu ringgit ditumpaskan
Jabatan Perhilitan berjaya menumpaskan beberapa sindiket melibatkan 11 individu yang menjalankan perniagaan jual beli hidupan liar atas talian termasuk memburu hidupan liar tanpa lesen.
Perlu kajian saintifik bagi larangan kapcai ke pusat bandar - Wan Junaidi
Kajian saintifik perlu dibuat sebelum keputusan untuk melarang kemasukan motosikal kapcai ke pusat bandar.
Kesan aktiviti penambakan laut Pulau Pinang dikaji - Wan Junaidi
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan jabatan dan agensi berkaitan untuk mengkaji kesan aktiviti penambakan laut di Pulau Pinang.
Siasatan menyeluruh punca Sungai Buah tercemar - Wan Junaidi
Beliau telah mengarahkan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melakukan siasatan bersama kerajaan negeri Selangor.