Wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon yang dilucut kelayakannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dikatakan boleh mencabar keputusan tersebut di mahkamah namun peluangnya dilihat adalah tipis untuk mencapai keputusan positif.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini berikutan keputusan yang dibuat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam adalah selari dengan peruntukan undang-undang dan keistimewaan yang dimiliki Dewan tersebut.
Berdasarkan pengalaman, beliau yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata sejak awal lagi Dr Ting sudah hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kerana beliau memiliki kewarganegaraan Australia.
"Dari sudut perlembagaan, tindakan DUN Sarawak adalah betul dan wajar. Berdasarkan keistimewaan Dewan pula, walaupun seseorang itu telah dipilih rakyat sebagai wakil mereka tetapi dewan ragu-ragu dia boleh dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Surau Nurul Hidayah di Kampung Cemerlang di sini hari ini.
Wan Junaidi berkata sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Ting boleh membawa keputusan tersebut ke mahkamah.
"Jika keputusan itu dibawa ke mahkamah, mahkamah akan melihat sama ada tindakan (keputusan) ini adalah sebagai keutamaan Dewan. Kalau mahkamah tafsir tindakan DUN Sarawak sebagai bidang kuasa serta keistimewaan, dengan sendiri mahkamah tidak boleh tentukan sama ada tindakan DUN betul atau tidak kerana itu diluar bidang kuasa mahkamah, di bawah perlembagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017
![ADUN Pujut: Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis - Wan Junaidi ADUN Pujut: Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61464531629_DrWanJunaidiTuank.jpg)
WAN JUNAIDI: Jika keputusan itu dibawa ke mahkamah, mahkamah akan melihat sama ada tindakan (keputusan) ini adalah sebagai keutamaan Dewan. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16 Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738541136_cabutanbertuah.jpg)
Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737931475_Halimah.jpg)
Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.
![Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737598106_tbSitiMastura.jpg)
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
![Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735268916_sambutanKrismasSu.jpg)
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
![Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724424185_TBHAJIJINOR.jpg)
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
![Becoming Hannah tidak pernah diharamkan KDN - Hannah Becoming Hannah tidak pernah diharamkan KDN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732612271_HannahYeoh.jpg)
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
![ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027 ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731829403_tbWooKahLeong.jpg)
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
![Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731228976_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
![SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725030021_tbSPRM.jpg)
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
!['Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura 'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730005587_TBYoungSyefura.jpg)
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.