SEREMBAN: Peruntukan bagi memulihara dan menyelenggara Pantai Teluk Kemang serta pembinaan jambatan baharu Kuala Lukut-Chuah di Port Dickson dilihat satu usaha yang signifikan dalam memacu sektor pelancongan serta ekonomi setempat di daerah itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye berkata Port Dickson menerima ramai pengunjung setiap hujung minggu serta musim percutian sekali gus memerlukan infrastruktur yang baik dalam memastikan perkembangan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Katanya pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 itu juga membuktikan komitmen beliau selaku bekas Ahli Parlimen Port Dickson yang mengetahui kepentingan daerah ini sebagai satu destinasi pelancongan penting negara dan memperkasakan ekonomi penduduk setempat.
"Pembinaan jambatan itu juga dapat mengurangkan kesesakan trafik di jalan utama Port Dickson, selain itu juga sekarang ini, laluan dari Chuah ke Kuala Lukut banyak lampu isyarat. Pembinaan jambatan ini sangat memendekkan masa," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 semalam berkata sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan seperti Pantai Teluk Kemang, Tasik Timah Tasoh di Perlis dan Taman Eko-Rimba Kenong di Pahang.
Selain itu, sejumlah RM1.63 bilion disediakan bagi membina dan menaik taraf jalan di kampung dan desa, antara lain melibatkan Jalan Kuala Lukut ke Chuah, Port Dickson; Bachok, Kelantan dan Tambun Tulang, Perlis.
Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Wan Hasnan Wan Musa berkata jambatan Kuala Lukut-Chuah itu akan dibina sepanjang 400 meter dan jalan baharu dua kilometer dengan piawaian R2.
"Jambatan baharu dan jalan piawaian R2 akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk setempat serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. Pembinaan ini juga dapat menghubungkan kampung ke kampung dengan masa lebih singkat," katanya.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon, selain keindahan pantai yang perlu sentiasa terjaga, kemudahan di kawasan sekitar merupakan faktor utama bagi menarik kehadiran pelancong.
"Ini permulaan yang baik untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara. Port Dickson sendiri memang tempat tumpuan dan terkenal dengan pantainya yang cantik. Namun kalau tidak dijaga, ia akan merugikan kita," katanya.
Pegawai Daerah Port Dickson Nurhazelin Makli pula berharap peruntukan menyelenggara dan memulihara pantai disalurkan secara berkala untuk memastikan kawasan pantai awam di Port Dickson sentiasa dalam keadaan baik untuk menerima kedatangan pengunjung.
Katanya Port Dickson boleh dijadikan pangkalan untuk rangkaian pakej pelancongan negeri selain mewujudkan produk baharu atau mewujudkan tawaran pakej pelancongan bagi produk sedia ada dan dirangkaikan dengan produk utama di daerah lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023

Port Dickson menerima ramai pengunjung setiap hujung minggu serta musim percutian sekali gus memerlukan infrastruktur yang baik. - Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.

Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.

Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.

Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.

Koridor Ekonomi Anjung Selatan medium terbaik selaras projek pembangunan berimpak tinggi
Koridor Ekonomi Anjung Selatan menjadi medium terbaik bagi penyelarasan projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan.