GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital, yang menawarkan sejumlah 1.0 juta kaki persegi ruang pejabat premium untuk menarik dan menempatkan projek berimpak tinggi.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pembangunan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan pilihan untuk perniagaan dan usahawan dalam sektor ini.
Beliau berkata pembangunan taman itu terdiri daripada dua fasa, melibatkan 42.5 hektar di Taman Perindustrian Bayan Lepas.
"Fasa pertama yang bermula pada Januari tahun lepas melibatkan pembinaan dua bangunan pejabat, iaitu Global Business Services (GBS) By The Sea dan GBS TechSpace, dengan kos keseluruhan RM347 juta.
"(Fasa pertama) dijadual siap pada suku keempat tahun ini, menyediakan kira-kira 350,000 kaki persegi ruang pejabat premium, dilengkapi dengan ciri-ciri bangunan berspesifikasi tinggi, kemudahan makmal kejuruteraan terkini dan tempat letak kereta," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Chow berkata fasa kedua melibatkan pembinaan GBS@Technoplex, melibatkan kos kira-kira RM308 juta, dijadualkan siap pada 2027.
Katanya sebelum ini, negeri ini telah mempunyai bangunan GBS sendiri yang pertama di Malaysia, iaitu GBS@Mayang dan GBS@Mahsuri, melambangkan komitmen negeri ke arah ekosistem yang kukuh untuk inovasi digital.
Beliau berkata Pulau Pinang kini menempatkan 200 syarikat berstatus Malaysia Digital, kebanyakannya daripada pelaburan langsung asing, menunjukkan tarikan negeri ini dalam sektor ini.
"Bagi mempromosikan lagi reka bentuk IC, negeri ini memperkenalkan kadar sewa bersubsidi untuk ruang pejabat.
"Selain itu, kami dalam proses memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk insentif dan geran bagi meningkatkan ekosistem tersebut. Inisiatif ini akan dimasukkan dalam pakej insentif yang akan datang," katanya.
Chow berkata negeri komited untuk menyediakan infrastruktur yang terbaik, kemudahan yang kondusif dan menarik untuk mengukuhkan kedudukan perintis Pulau Pinang dalam industri reka bentuk IC dan digital.
Sejak 30 tahun yang lepas, Pulau Pinang telah menjadi lokasi kepada lebih 20 syarikat Reka Bentuk IC global, termasuk Intel, Motorola, AMD, Microchip, UST Global, Siemens, Zebra, Lattice dan Synopsys serta beberapa syarikat reka bentuk IC tempatan seperti SkyeChip, Oppstar Technology dan Infinecs Systems.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pembangunan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan pilihan untuk perniagaan dan usahawan dalam sektor ini. - Foto Facebook Chow Kon Yeow

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.