GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menyasarkan 100 peratus pembayaran tanpa tunai (e-pembayaran) akan dapat dicapai menjelang 2030 dalam usaha meneruskan agenda transformasi digital di negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya akan mempergiatkan usaha memperkenalkan kaedah itu pada masa terdekat terutama di tempat pelancongan utama, peniaga, penjaja, peruncit, kompleks beli-belah, kafeteria, kedai dan pasar mini.
"Pelaksanaan perkhidmatan e-pembayaran itu akan dapat meningkatkan hasil kutipan kerajaan negeri dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan, malah usaha ini juga ialah kaedah yang terbaik untuk menarik minat pelabur asing untuk melabur di sini.
"Kerajaan negeri turut mengharapkan kerjasama daripada semua pengguna dan peniaga untuk sama-sama menyokong inisiatif pembayaran tanpa tunai itu serta seterusnya meningkatkan daya saing untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pintar," katanya semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Hari Tanpa Tunai Bagi Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beliau berkata inisiatif pembayaran tanpa tunai di Pulau Pinang telah pun bermula sejak April 2020 dan Pasar Awam Taman Tun Sardon dipilih menjadi projek perintis pasar awam pertama menjalankan transaksi perniagaan tanpa tunai sebagai langkah untuk mengurangkan kontak atau sentuhan antara pembeli dengan peniaga di pasar awam akibat penularan wabak COVID-19 ketika itu.
Chow berkata berikutan kejayaan projek perintis itu, kerajaan negeri telah menjemput 17 institusi perbankan dan pengeluar wang elektronik bukan bank untuk memigrasikan e-pembayaran di semua pasar awam di seluruh Pulau Pinang.
Katanya, berdasarkan maklum balas positif terhadap inisiatif itu, satu dasar untuk mewajibkan penggunaan perkhidmatan e-pembayaran sebagai antara platform terimaan hasil bagi semua jabatan dan agensi kerajaan negeri telah diluluskan pada 2 Sept 2020 dan hasil pelaksanaan keseluruhan 23 jabatan pemungut hasil telah menggunakan perkhidmatan itu.
"Bermula 1 Jan 2022 hingga 30 Nov 2022, kesemua jabatan dan agensi pemungut hasil kerajaan negeri telah berjaya memungut sebanyak 2,110,566 bilangan transaksi iaitu 71.99 peratus daripada jumlah bilangan transaksi keseluruhan.
"Nilai kutipan hasil diperoleh sepanjang tahun lepas pula adalah sebanyak RM620 juta iaitu 50.16 peratus daripada keseluruhan nilai kutipan hasil," katanya.
Menurut Chow, bagi menyokong hasrat e-pembayaran, kerajaan negeri melaksanakan Kempen Hari Tanpa Tunai bagi jabatan dan agensi kerajaan negeri selama tiga bulan bagi setiap Jumaat bermula 1 Dis lepas hingga 28 Feb.
"Orang awam yang hendak melakukan sebarang pembayaran di kaunter-kaunter pejabat kerajaan pada setiap hari Jumaat hendaklah membuat pembayaran secara kaedah e-pembayaran yang disedikan seperti e-dompet, kod QR, perbankan dalam talian atau terminal kad debit/kredit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Inisiatif pembayaran tanpa tunai di Pulau Pinang telah bermula sejak April 2020. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.