KUALA LUMPUR : Permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuka bermula pada hari ini, 11 Oktober 2022, dan akan ditutup pada 21 Oktober 2022.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

"Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi prosesproses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi dan penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

"SPR mengingatkan agar mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan," katanya.

Layari Portal SPR untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun Borang Permohonan.