SEREMBAN: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan keadaan kesihatan awam di negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.
Beliau berkata walaupun negara telah masuk ke fasa peralihan ke endemik, tidak bermaksud pandemik berkenaan sudah tamat dan semua pihak masih perlu berhati-hati memandangkan PRU15 melibatkan orang ramai.
"Sempadan negara dibuka, saf boleh dirapatkan (solat berjemaah di masjid dan surau) dan had maksimum kapasiti (di masjid dan surau) dimansuhkan tetapi itu tidak bermakna kita boleh buat apa sahaja. Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru selesai, saya rasa lebih baik tunggu sehingga keadaan kesihatan awam betul-betul stabil.
"Saya nampak kerajaan Persekutuan ada perjanjian hingga Julai (Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik), tiada keperluan mendesak kerana kerajaan stabil, tidak akan tumbang, undang-undang dapat diululuskan di Parlimen, jangan kita mengundang perkara yang tidak perlu semata-mata kita nampak ada peluang politik," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas program khidmat komuniti anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Khairy berkata, perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diadakan bagi mencari mekanisme terbaik terhadap cadangan membenarkan pesakit COVID-19 mengundi pada pilihan raya.
Beliau berkata, sememangnya rakyat Malaysia berhak mengundi namun disebabkan negara masih dilanda pandemik, mekanisme yang selamat bagi membolehkan pesakit COVID-19 mengundi tanpa memudaratkan kesihatan awam perlu difikirkan.
"Ya, memang hak mereka (pesakit COVID-19) mengundi dan hak rakyat Malaysia (juga untuk) tidak dijangkiti COVID-19, jadi dalam mengimbangi hak ini, kita perlu kaedah terbaik," katanya.
Mengulas cadangan segelintir pihak agar Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dijadikan pusat mengundi, Khairy berkata hampir 96 peratus pesakit COVID-19 menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
Menurut Khairy sekiranya PKRC digunakan sebagai pusat mengundi, persoalan lain yang akan timbul adalah keselamatan kesihatan anggota keluarga yang terdedah dengan jangkitan COVID-19 semasa mereka menghantar pesakit ke PKRC.
"Saya terbaca semalam, contohnya mewujudkan pusat mengundi di PKRC, persoalannya jika wujud satu pusat mengundi pos bagi pesakit COVID-19, bagaimana mereka hendak pergi ke sana, kalau individu itu boleh bawa kenderaan sendiri tidak menjadi masalah...jika tidak, siapa yang perlu membawa mereka, ini boleh memudaratkan ahli keluarga atau pemandu Grab misalnya.
"Memang banyak cara tetapi saya bangkitkan dulu cabarannya...nak lakukan boleh tetapi perlu berbincang dengan SPR selepas ini," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata sebanyak 54 kompaun dikeluarkan sepanjang PRN Johor dan menyifatkan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19 pada PRN berkenaan dipatuhi dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
![PRU15: Beri masa sehingga kesihatan awam stabil - Khairy PRU15: Beri masa sehingga kesihatan awam stabil - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647009369_ORANGRAMAI.jpg)
Walaupun negara telah masuk ke fasa peralihan ke endemik, tidak bermaksud pandemik berkenaan sudah tamat dan semua pihak masih perlu berhati-hati memandangkan PRU15 melibatkan orang ramai. - Bernama
![Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin' Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721094442_ManchesterUnited.jpg)
Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'
Perlawanan itu seri tanpa jaringan menuju ke masa kecederaan sebelum Noah Holm menemui jaringan dengan berbaki beberapa saat.
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Guna EV di Felda, ladang Guna EV di Felda, ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091183_GunaEVdiFeldala.jpg)
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kalam minta Menteri Pendidikan nyatakan perancangan khusus berhubung cadangan itu dan langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091171_scammer.jpg)
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
![Kita guna logo Pas pada PRU15 - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi Kita guna logo Pas pada PRU15 - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718962455_MohdAziziAbuNaim.jpg)
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
![Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713739685_tbTajuddinAbdulRah.jpg)
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
![Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711342665_TBFAUZIAHSALLEH.jpg)
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
![Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709122499_TBMasErmieyati.jpg)
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702283302_TBWanJunaidi.jpg)
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
![Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703405239_AMANAH.jpg)
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
![Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703242803_MasErmieyati.jpg)
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
![Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701070624_TBMAHKAMAHjpg.jpg)
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
![Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700910911_TBAHMADFAYSAL.jpg)
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
![PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700753762_AnwarIbrahim.jpg)
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.