JELI: Bekas calon Parti Warisan (Warisan) bagi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan menipu wang seorang lelaki, dua tahun lepas.
Mengikut kertas pertuduhan Datuk Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Wang itu dimasukkan ke dalam akaun OCBC Bank dan Standard Chatered Bank di Mukim Belimbing Batu Melintang, di sini, antara 27 Sept hingga 10 Dis 2021.
Azman didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Nur Kamilah memohon mahkamah untuk menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun Azman dalam rayuannya memohon jaminan tersebut dikurangkan kerana pendapatannya tidak menentu selain terpaksa menanggung isteri dan empat orang anak.
Majistret Nik Habri Muhamad kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan dan menetapkan 31 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada PRU15 lepas, Azman tewas kepada Datuk Adnan Abu Hassan dari Barisan Nasional dengan hanya memperoleh sebanyak 333 undi dalam pertandingan lima penjuru.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Azman Idris (foto) didakwa memperdayakan Chin Yet Lun dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh. -Gambar fail/Bernama

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).