KUALA LUMPUR: Tahap kemajuan kerja projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura kini mencapai hampir 10 peratus, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata proses pengambilan tanah selesai dan reka bentuk infrastruktur juga telah dimuktamadkan, manakala kerja-kerja tanah, pengalihan utiliti serta kerja pemasangan cerucuk sedang dilaksanakan ketika ini.
"Kementerian Pengangkutan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelaksanaan projek-projek mega ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Laluan RTS adalah projek kereta api rentas sempadan sepanjang empat kilometer menghubungkan terminal di Singapura di stesen Woodlands North ke terminal Malaysia di Bukit Chagar, Johor Bahru.
Ia akan menyokong kapasiti puncak sebanyak 10,000 penumpang setiap sejam di setiap hala.
Sementara itu, bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, beliau berkata kementerian diberikan tanggungjawab untuk memulakan perbincangan bersama kerajaan Singapura mengikut terma-terma baharu dan perbincangan masih di peringkat awal.
Jelasnya pada masa ini, kementerian itu sedang bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan awal dengan Singapura pada suku tahun kedua.
"Selaras hasil lawatan Perdana Menteri ke Thailand pada 25 Feb 2022, kementerian juga sedang meneroka kemungkinan mengadakan kajian kebolehlaksanaan HSR dari Kuala Lumpur ke Bangkok," katanya.
Berhubung projek Landasan Keretapi Berkembar Gemas-Johor Bahru, beliau berkata kemajuan fizikal ketika ini adalah 82.5 peratus dan mengakui terdapat kelewatan disebabkan oleh wabak COVID-19.
"Bagi projek Electric Train Service (ETS) untuk jajaran Gemas-Johor Bahru, kementerian sedang dalam proses memuktamadkan Final Design Review yang dijangka selesai pada akhir Mac 2022 dan perolehan set ETS dijangka selesai pada September 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
![Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura capai kemajuan 10 peratus Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura capai kemajuan 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647260958_TBMERTLINK.jpg)
Laluan RTS adalah projek kereta api rentas sempadan sepanjang empat kilometer menghubungkan terminal di Singapura di stesen Woodlands North ke terminal Malaysia di Bukit Chagar, Johor Bahru. - MRT Corp
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733723128_TBDATUKHASBIHABI.jpg)
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
![Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024 Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732872935_TBRTSJOHOR.jpg)
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.
![Pembangunan infrastruktur rel RTS Link capai kemajuan 83 peratus - Anthony Loke Pembangunan infrastruktur rel RTS Link capai kemajuan 83 peratus - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711466924_RTSLINK.jpg)
Pembangunan infrastruktur rel RTS Link capai kemajuan 83 peratus - Anthony Loke
Kemajuan kerja-kerja pembinaan infrastruktur rel projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura telah mencapai 83 peratus setakat akhir Julai lepas.
![Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720599000_TBLIMHUIYINGjpg.jpg)
Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF
Kerajaan menjangkakan tiada sebarang peningkatan kos yang ketara bagi projek infrastruktur Rapid Transit System Link (RTS Link) sehingga tamat tempoh pembinaannya.
!['Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir 'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714040044_AnthonyLokeSiewF.jpg)
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
![RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705053682_TBRTSjpg.jpg)
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
![RTS bakal lonjakkan usaha perkasakan pengangkutan awam di Johor - Pakar RTS bakal lonjakkan usaha perkasakan pengangkutan awam di Johor - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705053682_TBRTSjpg.jpg)
RTS bakal lonjakkan usaha perkasakan pengangkutan awam di Johor - Pakar
Projek itu dijangka melonjakkan usaha memperkasakan pengangkutan awam di negeri ini terutamanya yang melibatkan pengangkutan rel.
![Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704952810_TBRTSAnthonyLoke.jpg)
Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
![Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697024598_ZarifHashim.jpg)
Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.