JOHOR BAHRU: Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Menterinya Anthony Loke berkata ini kerana Stesen RTS Link di Bukit Chagar di sini turut menempatkan stesen Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru yang berada di bawah stesen RTS tersebut.
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (perkhidmatan tren elektrik) antara Gemas dan Johor Bahru, kita sedang berbincang bagaimana untuk mengintergrasikan (laluan ETS) dengan RTS. Jadi, orang yang tinggal di Senai, Kluang dan Kulai boleh menggunakan perkhidmatan komuter hingga ke Bukit Chagar, kemudian mengambil RTS ke Singapura.
"Apabila landasan ETS antara Gemas dan Johor Bahru siap, kita tidak mahu ia hanya digunakan untuk satu perkhidmatan sahaja, alangkah baiknya jika digunakan untuk komuter sekali. Perkara ini sedang diteliti, kita akan kaji dengan mendalam untuk perkenalkan perkhidmatan ini di Johor Bahru," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Jejantas Pejalan Kaki Menghubungkan Coronation Square dan Stesen RTS Link Bukit Chagar di Menara JLand di sini hari ini.
Sementara itu, Loke berkata kawasan Bukit Chagar yang menempatkan stesen RTS Link Johor Bahru-Singapura bakal menjadi hab sistem pengangkutan awam utama di Johor.
"Visi kita apabila RTS Link siap kelak, ia akan jadi pemangkin dan hab kepada pelbagai sistem pengangkutan awam di negeri ini. Memang menjadi dasar dan polisi kita untuk galakan penggunaan pengangkutan awam pada masa depan," katanya.
Berhubung cadangan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru, Loke berkata MOT akan meneliti cadangan tersebut memandangkan sistem pengangkutan awam bersepadu semenangnya perlu disediakan di bandar raya itu.
Mengulas kemajuan projek RTS Link, beliau berkata setakat 31 Mac lepas kerja pembinaan infrastruktur rel RTS Link mencapai 70.45 peratus, manakala pembinaan superstruktur Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Chagar serta penyuraian infrastruktur adalah 7.02 peratus.
Menurutnya akses kepada pengendali operasi RTS Link iaitu RTS Operations Systems Sdn Bhd (RTSO) untuk pemasangan sistem bagi perkhidmatan awam itu dijangka dilaksanakan pada akhir tahun ini.
"Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) sedang membina kemudahan parkir bertingkat 'Park 'N Ride' yang baharu di Bukit Chagar untuk penumpang RTS Link merangkumi 1,000 ruang tempat letak kenderaan.
"Selain itu, sebanyak 700 ruang tempat letak kenderaan khusus untuk penumpang RTS Link akan disediakan di Coronation Square yang terletak hanya 400 meter dari Bukit Chagar. Ini bermaksud sejumlah 1,700 ruang parkir disediakan untuk penumpang RTS Link kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Menteri Pengangkutan pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pembangunan Jejantas Pejalan Kaki Menghubungkan Coronation Square dan Stesen RTS Link Bukit Chagar di Menara JLand hari ini. - Foto Bernama

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

MOT lanjut pemeriksaan Puspakom 30 hari awal sebelum tamat LKM - Loke
Kementerian Pengangkutan melanjutkan tempoh pemeriksaan berkala kenderaan perdagangan sehingga 30 hari lebih awal sebelum tarikh tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Malaysia komited teruskan usaha pencarian MH370 - MOT
Meskipun sudah 11 tahun berlalu, ia tidak mengurangkan rasa duka dan ketidakpastian kepada waris penumpang dan kru pesawat MH370.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Kerajaan sedang muktamad parameter utama projek HSR
Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek HSR KL-SG dengan diterajui sektor swasta.

CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.

MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.

Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan kempen secara berterusan.

MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.