KUALA LUMPUR: Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadil berkata antara tumpuan pada program itu ialah sesi Dialog MADANI yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof menjawab soalan pengunjung tanpa sebarang tapisan.
"Saya kira belum pernah ada satu forum kita kumpulkan Perdana Menteri dan Timbalan-timbalannya untuk menjawab sendiri soalan yang tiada tapisan dalam cara sebegini. Ini mungkin perkara yang boleh kita bawa dalam siri jelajah ini," kata beliau kepada pemberita.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata dalam penganjuran seterusnya program itu ke negeri-negeri, kesemua kementerian dicadangkan untuk turut mempamerkan inisiatif dan pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri tersebut.
"Seperti yang Perdana Menteri sebut, kos bagi keseluruhan program (akan) dikurangkan, tetapi isi kandungan program pula akan dimantapkan," katanya.
Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu mengumumkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan diteruskan di peringkat negeri dan akan bermula di Selangor pada Januari tahun depan.
Mengulas mengenai pengumuman itu, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata ia membolehkan kerajaan terus menyantuni rakyat dan mempamerkan segala inisiatif serta pencapaian kerajaan.
"Kita memberikan pelbagai tawaran istimewa untuk rakyat memahami betapa gigih usaha kerajaan supaya mereka memahami dan memberikan sokongan dan berdiri teguh bersama Kerajaan MADANI dalam membina semula negara ke arah kegemilangan," katanya.
Berkongsi pandangan sama, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar yang berkata program itu bukan sahaja penting untuk bagi mempamerkan prestasi kerajaan, malah ia mampu mendekatkan kepimpinan negara dengan rakyat.
"Selepas satu tahun mentadbir, penting untuk buat penilaian tentang semua program dan inisiatif yang diambil dan dilaksana di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI sepanjang 2023," katanya.
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Ewon Datuk Ewon Benedick pula berpendapat program itu perlu diteruskan kerana ia boleh dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan penganjuran pelbagai aktiviti.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat.
Sejumlah 36 reruai kaunter perkhidmatan disediakan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang menawarkan 102 perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan dengan tiga objektif iaitu menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu kepada rakyat, meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan secara berkala.
Program tiga hari yang bermula pada Jumaat dari 9 pagi hingga 10 malam itu memfokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu mengumumkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan diteruskan di peringkat negeri dan akan bermula di Selangor pada Januari tahun depan. - Gambar Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak [KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739322953_minyakmasakpaket.jpg)
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak
Jika T20 tidak lagi diberikan subsidi petrol, diesel dan LPG, kerajaan boleh menjimatkan sebanyak RM15 bilion hingga RM17 bilion.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.
![[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI [KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710478635_PenjawatAwam.jpg)
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.

Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.

Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.

Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.

Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.

'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).