KUALA LUMPUR: Program Jualan Murah Keluarga Malaysia akan mula dilaksanakan pada 19 Ogos ini, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata pasukan khas itu dalam mesyuarat pada Khamis telah membincangkan dan memperincikan modus operandi serta menyelaraskan bagaimana ia dapat dilakukan oleh kesemua lima kementerian yang terlibat dengan program jualan itu.
Menurutnya Suruhanjaya Koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dijangka dapat memulakan rollout penjualan produk-produk tertentu dengan harga lebih murah pada tarikh yang sama.
"Beberapa barangan telahpun dikenal pasti oleh Suruhanjaya Koperasi dalam pembentangan mereka termasuklah ayam, minyak, gula.
"Ada lima atau enam barangan yang mereka telah berikan indikasi harga kepada jawatankuasa (pasukan khas) dengan kesemua barangan itu telah dijamin akan dijual antara 10 ke 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran sekarang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen, di sini, pada Khamis.
Pada 21 Julai lepas, Annuar berkata program jualan itu yang memberi akses kepada rakyat mendapatkan barangan lebih murah setiap minggu, akan diadakan selama 18 minggu sehingga akhir tahun ini di 639 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.
Annuar berkata Suruhanjaya Koperasi yang membentangkan cadangan mereka dalam mesyuarat semalam memaklumkan kewujudan rangkaian koperasi seluruh negara serta kapasiti anggota gabungan koperasi yang akan turut terlibat sama dalam memproses, membungkus dan mengedarkan barangan tertentu.
Beliau berkata penglibatan dan langkah Suruhanjaya Koperasi dalam program itu memberi peluang kepada mereka mengimport barangan tertentu termasuk gula dan memberikan kebenaran kepada koperasi melakukan pembungkusan gula runcit yang ketika ini hanya diberikan kepada dua syarikat sahaja.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pengimport gula pada masa ini hanya untuk kegunaan industri yang spesifik tetapi tidak boleh untuk dibungkus dan dijual secara runcit.
"Jadi ini kali pertama kita memberikan kebenaran kepada koperasi untuk terlibat dalam kegiatan membungkus dan seterusnya menggunakan network koperasi untuk menjual secara retail dengan syarat pada harga yang lebih murah daripada harga yang sedang dijual sekarang. Itu khusus bagi gula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

ANNUAR: Ada lima atau enam barangan yang mereka telah berikan indikasi harga kepada jawatankuasa dengan kesemua barangan itu dijamin akan dijual antara 10 ke 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. -Gambar fail/Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.