MELAKA: Beberapa program baharu yang memberi fokus pada pembangunan kepimpinan belia akan diumumkan dalam masa terdekat ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.
Beliau berkata ia melibatkan program sedia ada yang telah ditambah baik dan dirangka berdasarkan keperluan semasa belia di negara ini.
Katanya, ini termasuk Program Malaysia Future Leaders School di bawah Institut Pembangunan dan Kecermerlangan Kepimpinan (i-LEAD) yang bertujuan melahirkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara dan berkeupayaan berperanan di peringkat nasional dan antarabangsa.
"Kita bukan mulakan terus perkara (program) baharu yang tidak ada asas tetapi kita perbaiki, tambah baik lagi supaya pelaksanaannya seiring dengan zaman.
"Kita akan beri tumpuan terutama sekali pada pembangunan kepimpinan belia dan program belia tidak berpersatuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2023 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang di sini lewat malam tadi.
Lebih 200 pengunjung hadir pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang Allex Seah Shoo Chin.
Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata tumpuan berkenaan diberikan selaras dengan usaha kementerian dan kerajaan untuk memperkasa golongan belia khususnya dalam bidang sukan serta meningkatkan daya kepimpinan golongan itu.
Dalam pada itu, sejajar dengan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan juga akan bekerjasama dengan pelbagai kementerian lain untuk memperluas pelaksanaan program literasi politik dan demokrasi melibatkan golongan belia.
"Ini adalah satu daripada tanggungjawab kerajaan untuk memperkasa peranan belia khususnya dalam bidang politik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
Adam Adli (tiga, kanan) memotong kek bersama tetamu jemputan yang lain sebagai simbolik sambutan Tahun Baharu Cina 2023 DUN Kesidang di Melaka malam tadi. Turut hadir, Allex Seah (empat, kanan). --fotoBERNAMA
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT
KBS masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia akan anjur pertandingan TVET - Hannah
KBS telah mengusulkannya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ia telah dipersetujui.
Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.